Tuesday, August 16, 2011

Usap.

Rindu.
Rindu.
Rindu.
Satu ungkapan untuk sebuah blog usang.

Ya Allah~
Ampunkanlah aku atas kelalaianku.

Sejujurnya sudah begitu lama saya mengundurkan diri dari dunia blogging.
Entah mengapa,
Sekarang, lewat malam ini,
Hati kecil ini terdetik untuk post sesuatu.

Sepanjang tempoh masa saya meninggalkan dunia bloggers ini,
Terlalu banyak pengajaran yang ingin saya coretkan.
Terlalu banyak sehinggakan pena tidak mampu untuk mencoret.
Terlalu panjang sehinggakan lisan tidak mampu membicarakannya.

Sejujurnya aku rindu.
Sejujurnya aku ingin.
Namun kehendak hati membataskan segalanya.

Kebelakangan ini,
Hati saya sering dikecewakan.
Ah saya memang tidak layak untuk berbicara seperti ini.


Tapi,
Salahkah seorang hamba hina untuk menyuarakan bicara hatinya?
Kenapa dan mengapa?
Manusia seolah-olah lupa bahawa aku juga punya hati dan perasaan?


Astaghfirullah~
Begitu mudah hati tertaut pada manusia yang datang dan pergi.
Sedang pada yang setia abadi itu tidak peduli.
Jahilnya aku.
Jahilnya aku dan untuk menulis namaMu sahaja aku tidak layak.


Astaghfirullah.
Masih adakah lagi pengampunanMu buatku, ya Ghaffar?

No comments:

Post a Comment