Monday, January 31, 2011

Akh.

Ana tujukan warkah ini untuk muslimin yang pernah bergelar sahabat kepada ana. pinta ana, warkah ini dijauhkan dari ria' dan syaitan~

Bismillah.

Jujur ana katakan, jika ana diberi kesempatan untuk memutarkan waktu dan memilih untuk mengenali akh akh semua atau tidak, Inna ana memilih untuk tidak. Namun mustahil untuk hal ini berlaku. Jadi, ana cuma mampu untuk menghentikan persahabatan ini. Jauh sekali niat ana untuk memutuskan ukhwah yg terjalin di antara kita. Cuma ana membawa diri krn ana tahu, jika bukan ana yang menghentikannya terlebih dahulu. Siapa lagi? Ana tahu tiada siapa di antara antum yg akan membaca warkah ini. Namun cukuplah sekadar ana berpeluang memenakan apa yang terpendam untuk diberitahu. Pinta ana, jangan disalah anggapkan hal ini. Jangan sesekali disalah tafsirkan. Ana tidak membenci antum semua malah kerana antum semua pernah bergelar sahabatlah, ana lakukan hal ini. Antum semua adalah mahram bagi ana dan berbicara berlebihan-lebihan sesama kita mampu menjadi zina. Mampu menimbulkan fitnah sebagaimana sabda baginda. Maafkan ana, ana cuma ingin menyelamatkan diri ana daripada tergolong dlm golongan wanita yang mampu menimbulkan fitnah kepada golongan antum. Seseorang harus menghentikan permainan syaitan ini. Dan asif untuk FR yang diabaikan. Ana tidak ingin membuka pintu ke arah kemaksiatan. Cukuplah sejarah silam yang cukup sadis untuk dikenangkan itu membuka mata ana bahawa ana tidak memerlukan antum untuk menjadi bahagian daripada hidup ana. Memadai ana malu mengenangkannya sekarang dari ana lebih malu melihatnya di akhirat kelak. Ana sudah cukup dan teramat bahagia dikelilingi sahabat-sahabat muslimah ana untuk mengiringi perjuangan ana. Dan akh, ana mendoakan agar antum semua dapat mengembalikan kembali biah-biah para sahabat yang dahulunya, apabila disebut LELAKI, maka para wanita kagum dek kuatnya iman bukan dek indahnya paras rupamu. Sama-sama kita bangkitkan kembali Islam dan sama-sama kita polish ummah kita! 

-Coretan ikhlas, WNA.

Thursday, January 20, 2011

Ukht Sayang ~~~

Tatkala aku mencoret nukilan ini
Pintaku pada ArRahman, diampunkan segala penyakit hati
Dan atas segala kekhilafan diri
Di saat Allah masih mengizinkan udara memenuhi nafas
Badan mengandung nyawa
Dan lisan untuk melafaz
Aku memilih menutur bicara menerusi warkah cinta
Dari Hawa untuk Hawa
Iaitu kamu yang seperti diriku.

Kamu yang seperti diriku
Tidak kunafi, kamu cantik
Lakaran terindah ciptaan Tuhan
Menawan dan memikat hati sesiapa yang memandang
Terutama pada pandangan mata sang Adam.
Namun, tika mata mereka trpegun dgn lenggok tubuhmu yg trdedah
Lalu rambutmu menghias mimpi-mimpi mereka
Hatiku terselubung rasa hiba
Kerana rasa sayang dan cinta
Bukan kerana daku cemburu
Tetapi antara kitalah ramai ke neraka
Yang aku pasti tak terjangkau seksanya
Yang sudah pasti berjuta kali ganda panasnya
Dibanding dengan marak api di dunia.

Kamu yang seperti diriku
Aku pernah di tempatmu
Detik ketika aku bebas berpakaian, dan berteman
Bahagia dengan hiburan dan pujian
Bangga mempamer perhiasan
Padahal yang sebenarnya ia milik Tuhan.
Aku tahu tentang aurat, dosa, dan pahala
Namun dalam kamus duniaku ia tiada mengandung makna
Bukanlah aku tidak fahami tentangnya
Namun seakan mahu tidak memahaminya
Kerana itu pilihanku.

Tuhan ternyata sayang,
Mahu aku pulang melalui satu peringatan
Bahawa KekasihNya menangis, wahai kamu yang seperti diriku
Rasulullah yang kasihkan umatnya itu menangis
Kerana diperlihatkan segolongan dari kita menanggung dahsyatnya azab di akhirat sana.

Segolongan antara kita yg otaknya menggelegak krn tidak menutup rambut
Tergantung lidahnya kerana memaki dan menyakiti hati suaminya
Memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
Kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar kerana mengumpat dan mendusta
Berupa seperti anjing kerana membuat fitnah dan membenci suaminya
& Banyak lagi yg tidak mampu kuteruskan bacaan kerana gentarnya diriku
Nauzubillahi min zalik ~
Aku memohon dari perkara sebegitu berlaku ke atas kita.

Wahai dirimu yang seperti diriku
Apakah kamu tidak gentar seperti diriku?
Tentang pembalasannya yang tak tertanggung
Sedangkan pintu kebaikan mampu kita cari
Kerana janjinya, Allah memudahkan kita ke syurga.

Wahai dirimu yang seperti diriku
Dan kini, Aku dan kamu tahu
Istighfarlah.
Lalu jangan didustakan lagi tentang apa yang kamu kini tahu
Buanglah sejauhnya segala jahiliah diri
Kembalilah dengan satu  hati yang suci
Tanda hijrah hamba yang sejati.


Dari,
DIRIKU, insan lemah yang mencintai DIRIMU.

Fatimah Az-Zahrah Binti Muhammad

Salam ukhwah fillah sodiki! hihi. harini ana nak share satu post tentang seorang wanita yg terunggul di dunia. So, kita ni muslimah muslimah solehah sekalian.. Selain meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sbg idola, apa kata kita list kan jugak saiditina Fatimah Az Zahrah ni. Semoga kita sama sama dpt mencontohi qudwah hasanah yg baik utk kita ni okay. Sungguh, akhlak puteri kesayangan Rasulullah ni terlalu jauh berbanding dgn diriku yg hina ini. So so so, Lets mujahadah pretty ukht sekalian! Betulkan niat ntunna semua, mujahadah kerana Allah! (^^,)

Beliau itu adalah penghuni syurga. Malah bukan itu sahaja, beliau adalah penghulu wanita mukmin dan wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. Hinggakan sabda nabi s.aw. :

"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah dan apa yang membuatnya gembira juga membuatku gembira."

dan betapa bestnye ditambah dengan sabda Nabi s.a.w ini :


"Apabila tiba hari kiamat, ada seruan dari perut ARSY, "Wahai makhluk Allah, pejamkanlah mata kami sehingga Fatimah binti Muhammad melalui sirat."


Sungguh besar ganjaran buat wanita agung ini. Sedangkan hidupnya di dunia ini terlalu singkat. Fatimah bernikah dengan Saidina Ali ketika berumur 9 tahun, memperoleh 4 orang anak Husin, Hasan, Umi Kalthum, Zainab dan kemudian meninggal dunia ketika berumur 
18 tahun.

Singkatkan?


Namun, jasanya terlalu besar buat dunia ini. Terlalu berharga untuk dunia ini. Hidupnya sudah pasti bukan seperti kita yang biasa2.


Sejak kecil, Fatimah menyaksikan penyeksaan yang hebat dari kaum Quraisy ke atas Islam. Dan sejak kecil juga die telah terpisah dari ibunya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Menangislah Fatimah saat pemergian bondanya itu.


Fatimah jugalah yang mendukung dakwah nabi s.a.w semenjak ketiadaan Khadijah. Pernah suatu ketika, saat Nabi s.a.w solat di hadapan Kaabah, baginda dilemparkan dengan perut lembu dan najis haiwan. Lalu Fatimah dengan pilunya, membersihkan najis yang berpalit pada tubuh ayahnya sambil memarahi orang2 Quraisy yang ketawa di situ.

Dan cuba bayangkan ketika umur belasan tahun, di alam remaja ini beliau sudah menjadi seorang ibu. Bukan sebarangan ibu, tetapi ibu kepada para imammiyah. Ibu yang mendidik anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Beliau digelar ummu abiha(ibu kepada ayahnya), menjadi pendukung kepada panglima perang Islam yang terhebat, Saidina Ali, dan menjadi pendidik kepada para imamiyah.


Masa mudanya terlalu hebat. Hanya 18 tahun beliau telah dijanjikan sebagai penghulu syurga.


Huhu, sedangkan aku?



Dunia tidak pernah masuk ke dalam hati Fatimah Az-Zaharah. Hidup dan matinya adalah untuk dakwah Islam. Sedangkan sejak kecil hati dan fikiran kita diperindahkan dengan dunia. Dipermain-mainkan dengan games, series korea, cartoon, facebook, etc. Hinggakan terlalu manja untuk berkorban. Terlalu sedikit masa yang diluangkan untuk Islam ini. Masa yang ada telah disibukkan dengan hiburan, permainan, borak2 kosong, perkara yang sia2.

Ingatlah, Allah itu baik, dan akan menerima apa jua yang baik. Dan syurga itu adalah untuk orang yang seperti Fatimah Az-Zahara. Yes, Hanya untuk orang yang hebat! Maka tidak ada kata lain, melainkan kita juga menjadi orang yang hebat.


Menjadi orang yang berkorban untuk Allah.

Menjadi pendidik manusia yang hebat.
Menjadi pendukung kepada dakwah.
Sokong bukan sekadar berkata, tetapi sokonglah dengan perbuatan.

Masya Allah. Aku sedang menghitung diri. Moga nama Fatimah ini menjadi inspirasi untuk ku jadikan Fatimah Az-Zaharah sebagai idolaku.



Sebaik-baik wanita syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
-Rasulullah s.a.w-

Monday, January 17, 2011

Lillah T_T

Assalamualaikum warahmatullah ikhwan wa akhowat sekalian ~~~~~
syukran kathir sebab ntum sanggup singgah & spend time dekat sini hee,
semoga kerahmatan & keredhaaNya itu menjadi milik kita semua! amin amin ya rabbal alamin =)

oh ya, lately ni ana sentiasa je dirudum satu perasaan yg ana yakin semua ni adalah bisikan syaitan sematamata tapi tu lah. Its obviously a feeling which i've always try to avoid sbb ana tahu kalau ana tewass maka syaitan itu akan bersorak kegembiraan kerana rebahnya seorang pejuang ituu mmg keinginannya. Ya Rab, jadikan diri ini hanya untukMu. hanya untukMu. hanya untukMu.

As yang kita semua tahu, doa itu adalah senjata mukmin kan kan kan? So, ana tekadkan diri ini biarlah seribu masalah sekalipun, cuma padaNya lah ana akan jadikan tempat utk meluahkan segala isi hati yang terbuku ni. Yes, mungkin dulu i will always find someone just to be my loyal listener and a good advisor. But, now Alhamdulillah. Allah bukakan hati ini untuk meyakini bahawa Dia adalah sebaikbaik pendengar. alhamdulillah ya rab. kekalkanlah keyakinanku ini. hanya untukMu, hanya untukMu, hanya untukMu.

Dan selepas berhari hari perasaan ini masih tidak lenyap. alhamdulillah, allahuakbar. ana terjumpa lah satu kata kata which made me stronger! terharuu sangat sangat sbb rasa mcm ni adalah jawapan kpd doa ana. syukran kathir, alhamdulillah ya allah ya rahman ya rahim :')

; Jika perjuangan itu adalah kerana Allah, Allah akan membantumu. Kesedihan akibat peritnya perjuangan akan mendapat balasan yg mulia di sisi-Nya. Perjuangan itu derita, perjuangan itu seolah-olah menempah penderitaan, berdepan dgn kesengsaraan, dan meletakkan diri dlm kepedihan. Itulah perjuangan, ia bukan kesengsaraan, ia bukan bagai madu yg melazatkan. Tetapi perjuangan kita ini mulia. Perjuangan bagi menentang hawa nafsu sekaligus menyemarakkan agama Allah. Yakinlah yg perjuangan ini tdk pernah sia-sia! Barang siapa yg membantu Allah dlm urusan-Nya, pasti Allah akan membantunya"

Dapat dapat? :) *see, ana dh senyum pun* tehhee, alhamdulillah. sungguh, Allah itu adalah sebaikbaik pendengar. ana tenaaanggg dgn janji ini ya allah =)

Saturday, January 15, 2011

T__T

Ya Allah,
Jangan Kau buang kenikmatan menyintaiMu dari hati ini
Biarpun orang yang aku peduli sudah tidak memedulikanku lagi
Biarpun dia menjumpai cinta yang lain
Ingatkan aku bahawa cinta-Mu adalah cinta terbaik
Walaupun aku berharap dia akan menemui cinta-Mu
Kerana Kau adalah sebaik-baik cinta yang pernah kurasa
Tetapkan hati ini Ya Allah
Sungguh, aku hanyalah hamba-Mu yang lemah
Namun aku percaya pada ketentuan-Mu
Kerana Kau adalah sebaik-baik perancang

Dan Kau ketuklah pintu kelalaianku tatkala aku benarbenar lalai
Sungguh, aku memerlukanMu dalam perjuanganku.
Resapilah halawatul iman ke dalam diriku
Tabahkan aku tatkala aku rapuh
Ingatkan aku pada janjiMu ya Allah
Suburkan rasa rinduku pada kekasihMu, Muhhamad Bin Abdullah

Ya, 
Tiada yang lebih susah daripada berubah
Dan kerana itu, aku sangat memerlukanMu
Hijabkanlah hatiku dari cinta manusia
Butakanlah mataku dari kemaksiatan
Lumpuhkan aku dari menuju kebinasaan

Amin Ya Rabbal Alamin ~

- WanNurAmira.

Thursday, January 13, 2011

Ukht ~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

hikhikhik. alhamdulillah, hari ni ana rasa sangat sangat tenang hhakss. nak tahu sebab apa? sebab hari minggu of courseee ~~

tehhee. oh ya, tak nak hurai perkara perkara yg boleh buat kita semua lagha. So, baik ana straight to the point jee okay :) Bace bismillah duluu ye ukht ukht wa akh sekalian..

Warkah ni special tip top ana share kan utk kita semua yg bergelar muslimah solehah and even muslimin skali pun. Dan ana harap kita semua dpt ambil iktibar ye (^^,)

Kepada seorang yang ku gelar kawan
Seorang sahabat yang sangat aku sayang
Seorang ukhti, yang dalam kekeliruan

Sungguh, aku pernah merasakan sunyi sepertimu
Aku mahukan tempat bergantung
Lantas, kucari manusia
Kucari nikmat dunia

Namun itu bukan solusinya
Kerana manusia tidak semuanya setia
Dan nikmat dunia hanyalah sementara
Lantas, apa lagi manfaat yang boleh kudapat?

Lalu dengan cinta terhadap dunia ini
Aku jatuh tersungkur
Aku jatuh dengan harapan seseorang akan datang membantu.

Tapi aku hampa
Kerana pada pandanganku
Tiada siapa yang memahami
Aku jadi keliru
Apakah aku yang membisu?
Atau mereka memang tidak tahu?

Lalu baruku tahu
Allah bukan menciptakan aku untuk merasakan aku sendirian
Dia menciptakan aku untuk mencari cinta-Nya
Mengabdikan diriku kepada-Nya

Tapi aku silap;
Aku masih terus mencari
Bermegah dengan ‘realiti’ dunia
Merasakan bahawa aku tahu segalanya
Segalanya telah pun aku predict
Manusia begitu, manusia begini
Tanpa sedar, aku rasa hebat
Sedangkan yang Maha Mengetahui adalah Dia!

Pelbagai prejudis bermain di hati
Dia hipokrit! Dia penipu!
Dia pengkhianat!
Dalam permainan syaitan, aku tewas
Aku hanyut dengan serangan pemikiran
Ya, ghawzul fikr

Tapi Allah masih sayangkan aku
Dan Dia bimbing aku ke jalan ini
Jalan yang sewajarnya kita semua berada di atasnya

Bukankah setiap hari tujuh belas kali kita minta
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”

Pernahkah kau terfikir wahai ukhti
Jalan yang lurus itu,
Allah tak turunkan sekelip mata

Perjalanan ini menuntut pengorbanan yang besar
Tetapi sangat kecil terasa apabila sudah mula melangkah
Malah perjalananku masih belum selesai
Hingga akhir nafas

Aku mahu beritahu
Bahawa aku sangat sayangkan kamu
Kerana Allah, ya ukhti
Dan sayang ini bukan dibuat-buat
Kerana aku juga mahu
Kau merasai kasih sayang Dia Yang Maha Mengasihani

Apakah kau fikir Dia tidak mendengar keluh kesahmu?
Di saat kau kehilangan orang yang kau sayang
Di saat semua rakan-rakanmu mengendahkanmu?

Sungguh, Dia Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui
Dan ketahuilah ukhti
Berat sungguh hati ini untuk melihat kau bersedih 
Ingin sekali aku memujuk hatimu

Namun kutahu, kau sedang ditarbiah-Nya
Dia sedang mendidikmu melalui kesepian yang kau rasa
Kerana di saat kau terasa lemah dan sendiri
Barulah kau sedar, kau punya Dia!

Ambillah tanganku, wahai teman
Kerana apabila kau sudah menemui cinta-Nya
Kau akan dapat merasai betapa indahnya persaudaraan
Kerana kita bukan sekadar bersahabat
Kita bersaudara, atas nama Islam yang tercinta

Jangan ragu-ragu
Jangan rasa terpinggir
Kerana Allah tahu segalanya
Kerana masamu akan tiba
Dan aku takkan putus asa
Sentiasa mendoakanmu
Cukuplah dengan kesedihanmu itu
Tidak berbaloi untuk bersedih kerana dunia ini

Senyumlah seikhlasnya
Yakinlah bahawa Dia sentiasa di sisi-mu
Dan satu hari nanti
Aku berharap
Tangan yang kuhulur
Akan kau sambut dengan girang.


Sepatah dua kata dari penuliss ;

Subhanallah! Coretan yg sgt menusuk kalbu. Pernahkah kita terfikir bahawa kesepian yg dialami ituu sebenarnya adalah tarbiah dariNya? Walaupun pada hakikatnya, kita tidak pernah bersendirian krn Allah itu sentiasa bersama kita! Tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita sebagaimana kita meninggalkanNya. Wahai ukht, kita tidak perlu mendambakan cinta seseorang insan yang belum tentu halal bagi kita. Mengapakah kita menginginkan cinta hamba tanpa langsung terdetik di hati untuk mengenal cinta si Pencipta? Sedarkah kita bahawa cinta, rindu dan perasaan itu cumalah bisikan nafsu. Nafsu yang sentiasa membawa kita ke lembah kemaksiatan, ke lembah kebinasaan! Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Mohon ampunlah padaNya ukht. Mintalah keredhaanNya agar dia sentiasa mmbasahkan hatimu dgn hidayah, petunjuk dan keimanan. Dan ingatlah ukht, tatkala kau perlukan seseorang untuk mmbantumu bangkit kembali, aku akan sentiasa menghulurkan tanganku utk bersamasama berjuang & mendambakan cinta Sang Ilahi. Lillah, aku di sini untukmu..

Salam mujahadah fisabilillah ; Ukht WNA ~~~

Tuesday, January 11, 2011

Busy busy busy :)

Assalamualaikumwarahmatullah sodiki sekalian :)

Indahnya Islam, indah semuanya. Mari kita lihat dimana indahnya. Dari seketul zarah yang tidak kelihatan hinggalah bintang yang berkedudukan beratus juta tahun cahaya dari Bumi. Tetapi kita tidak perlu pergi jauh utnuk lihat indahnya Islam. Indahnya Islam hampir dengan kita. Terlalu hampir. Dimana? Pejam mata, letak tangan kanan di hati kita. Rasa degupan jantung. Sebut Allahuakbar, seiring dengan degupan jantung anda. Ya, disitu. Nyawa kita. Roh kita terbukti bernafas disitu. Allahuakbar. Ingin lihat indahnya Islam dengan lebih terperinci? Ada. Lebih dekat. Tersimpan rapi. Al-Quran. Kitab teragung anugerah Allah SWT untuk pedoman kita. Segala keindahan ada disitu. 

Asif sbb lately, blog tak beberapa nak terurus dan tak terupdate. Tehhee, tanggungjawab sbg seorang student SMKA ini mmg sgt mencabar. But sekolah harian biasa pun mcm tuu jugak kan? Cuma ye lah kena banyakkan spend time je mghafal BAK. Permudahkanlah urusanku ya allah, amin. Dann my student's life smakin mencabar, apabila ada seorang hamba allah yang dimana keperibadiannya ituu sgt menarik perhatianku. Asif a lot for feeling this way, cuma keperibadianmu ituu benar benar mengkagumkan aku & ana harap perasaan ini akan pudar dgn secepat yg mungkin. Tidak layak untuk aku mmikirkan hal ini. Ya allah, Engkau hijabkanlah hati ini dan jadikanlah hatiku hanya untukMu. Aminn ~~~

Saturday, January 1, 2011

Cantiknya lelaki & Hebatnya wanita!

Nak tahu dimana kecantikan lelaki?

Inilah Ciri-Cirinya ~

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki ~ :)

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah ~

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan ~ (^^,)

** Tehee, sekadar copy past dari PanduanIslam.com. Tak dapat ambil banyak, ambil lah sikit pun tau! So that Sama-sama kita jadi wanita & lelaki yg unggul hebat & mantap personaliti & penampilannya. Yang penting, semua yg kita buat WAJIBlah halal disisi Islam. hha Salam ukhwah visitorss :)