Saturday, April 16, 2011

KRIS, Di mana lagi akan ku temukan suasana ini?

Salam to all readers~ Post yang berkisarkan sebuah monolog qalbi ini~ =)
 

KRIS; Kem Remaja Islam SHAMS 2011.

Aku cuba mengingati kembali setiap detik tatkala berada di sini. Hati ini jadi sayu. Jadi rindu. Perasaan hina, jahil datang silih berganti. Dan yang paling tak terzahir, rasa keinginan untuk kembali berjuang, kembali bangkit! Ya, bangkit untuk menjadi seorang afradul muslim yang benar-benar berjihad di jalanNya. Persoalannya, layakkah aku?

Sedangkan sesi Uslub Dakwah sahaja, air mata ini sudah mengalir. Lalu, apatah lagi berdakwah ke serata dunia seperti insan maksum itu? Saat manik-manik kristal itu pantas mengalir, pelbagai kenangan di masa silam hinggap di kotak fikiran ini dan menimbulkan persoalan; 'ah. layakkah aku untuk berdakwah tentang hal ini? tentang hal yang dahulunya tidak pernah aku fikirkan halal haramnya.' Namun, pada masa yang sama, aku dihimpit dua perasaan yang datang silih berganti; 'duhai hati, wajarkah aku untuk menulis surat perletakan jawatan dari jalan dakwah ini dan menghantarnya kepada Rasulululllah? wajarkah?'

Pengalaman sepanjang KRIS ini tidak dapat aku zahirkan melalui pena atau lisan secara rawak sekalipun. Setiap detik dan setiap ketika yang berlalu mengajar aku erti 3 kalimah yang jika ditafsirkan maknanya maka akan melahirkan beribu erti mengikut persepsi masing-masing. Itulah; DISIPLIN, RESPONSIF & UKHWAH. 3 perkataan yang menjadi prinsip kami sepanjang kem itu, dan insyaAllah sehingga akhir hayat kami. Terngiang-ngiang di telinga ini laungan kalimah; 'TAUHID!' + 'LAILAHAILLALLAH!', 'ADIK-ADIK!' + 'DISIPLIN,RESPONSIF,UKHWAH!', 'TAKBIR!' + 'ALLAHUAKBAR' dan terkenang-kenang di minda ini, saat kita melaungkan doa wahdah beramai-ramai di surau sehingga bergema surau itu~ Bagi aku, itu saat yang paling indah sepanjang kem berlangsung. Kerana di saat itulah, ada satu perasaan menyelinap masuk ke dalam qalbi ini. Ya, perasaan itu adalah satu kekuatan. Satu kekuatan jihad yang berbisik di qalbi agar diri ini terus tabah~ Alhamdulillah, di saat itu hati ini serasa bagai diberi kekuatan oleh Sang Khaliq~
=')

Letih. Rimas. Tertekan. Haus. Ya, kemana sahaja aku pergi~ Sentiasa sahaja ada bibir-bibir yang mengucapkan kata-kata ini. Masakan tidak? Kerana aku sendiri yang merungut. Namun, malam sebelum tidur yang diamanahkan agar kita, para peserta bertaubat itulah yang mengajar aku bahawa haus ini, penat ini, adalah cuma ibarat segelas air yg diceduk dari lautan. Lupakah aku pada anak-anak Palestin yang dijemput Malaikat Izrail cuma kerana kehausan ini, dan yang paling penting. Lupakah aku pada kehausan dan kepenatan di Padang Masyar kelak? Ya. Dari situ, aku belajar erti betapa syurga itu tidak layak untuk dihuni oleh hamba-hamba yg memanjakan nafsu seperti aku.


Sepanjang kem berlangsung, para peserta diwajibkan untuk memakai head band di kepala. Ya, jujur. Terasa diri ini bagai seorang mujahidah. Apatah lagi tatkala memakai head band itu sambil memegang bendera kumpulan. Benar kata ukhti Farah, terasa bagai memegang panji Islam. Roh jihad itu serasa membara apatah lagi saat malam di Dewan Umar Al Khattab bersama semua peserta kem termasuk ikhwan sekali menyanyikan lagu Bingkai Kehidupan itu~ Bagi aku, malam itu adalah malam yang penuh dengan semangat jihad. Bintang, bulan. Semuanya kelihatan begitu tenang sekali~ =) Riadah pula? Aku mengerti~ Walaupun berada dalam slot riadah, para peserta masih lagi diuji. Diuji dengan prinsip kami. Wala' kepada pemimpin dan ukhwah yang memang pasti. Aku imbau kembali saat bersesak-sesak nafas di dalam lingkungan ketua-ketua kumpulan itu. Salah seorang dari mereka mengalirkan air mata sambil riak wajahnya menunjukkan dalam kesakitan kerana bertahan. Ah, maafkan ana sahibah~ T__T



Qiamulail~ Saat doa taubat dihayati oleh imam. Aku cuba menghayatinya sekali. Walaupun dalam keadaan mengantuk, aku bermujahadah. Sekali lagi, air mata ini mengalir. Hina. Jahil. Rasa tidak layak berlaku sombong sebagai seorang hamba. Astaghfirullah, perbuatan aku selama ini seolah-olah aku lupa bahawa aku ini cuma hamba yg lemah, fitrahku adalah untuk mengabdikan diri kepadanya. Aku lupa. Astaghfirullah, Astaghfirullah. Dan saat kemuncak kem ini adalah slot Muhasabah. Ya, jujur. Aku kagum dengan mereka yang sanggup dikenakan denda demi mempertahankan nama ibubapa mereka~ Dan imbas lagi, saat mata ini dibalut dengan tudung, pelbagai soalan diaju & sejujurnya aku adalah salah seorang yang berdiri. Ya, jawapannya. Kerana aku tidak sempurna dan aku adalah seorang pendosa~ Hati ini semakin sebak tatkala Kak Ain menceritakan kisahnya itu~ Ditambah lagi dengan video itu, nasyid itu. Astaghfirullah. Segala kenangan hitam dahulu bermain lagi di minda. Ah, hinanya diri ini~ T__T


Saat majlis perasmian penutupan ini, tiba sesi bersalaman. Saat inilah air mataku jatuh lagi. Dua tiga orang kakak FC berbisik sesuatu di telingaku sambil menggenggam erat tangan ini. Ditatapnya mata ini; mengharapkan jawapan. Namun, seolah-olah lidah ini terlalu kelu dan aku cuma mampu mengatakan 'Insyaallah'. Namun, ukhti~ amanahkah itu? amanahkah? Ah, ana takut kak. Ana takut andai ana tidak mampu. Tapi, ana akan cuba, insyaAllah. Demi SHAMS, ana akan cuba. 

Dan, aku tidak pasti apa yang berlaku pada sahabat-sahabat seperjuanganku selepas ini. Namun, aku akan tetap mendoakan kalian dan diri ini sendiri semoga kita sentiasa terpelihara iman, jiwa dan diri kita dari negative side. Rindu itu tetap ada dalam semaian cinta. Meskipun sekejap melakar memori bersama kalian, tetapi inilah yang mentarbiyah hati supaya diri menjadi kuat untuk melakar kehidupan. Dan buat sahabat-sahabat seperjuangan, istiqamahlah dalam pencarian cinta Illahi ini.Persiapkan dirimu untuk memulakan perjuangan selepas ini. Kehidupan ini akan mengajar dan melatih diri kita kerana perjalanan sangat berliku dan mencabar. Jagalah akhlak kita, appreciate kenangan lalu yang boleh mendidik hati dan jiwa kita semua. 

Akhirul kalam, kepada ahli kumpulan 9 dan penghuni Dorm 25 especially, beribu kemaafan dipinta andai sepanjang LDK berlangsung dan malam-malam yang diisi bersama itu ada hati yang tergores, terluka, terasa atau seadik-beradik dengannya~ Ketahuilah, diri ini tidak sempurna dan andai ada terkasar bahasa, maafkan ana ye~ Tidak lupa juga kepada kakak-kakak dan abang-abang FC yang telah banyak berkorban tenaga dalam misi membentuk rohani kami ini. Maafkan kami andai kami tidak mampu untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kami itu. Maafkan kami andai perlakuan kami mengguris hati kalian. Dan kepada kakak-kakak FC terutamanya, secara persendirian dan ikhlas dari hati ini, syukran kathiran kakak-kakak kerana mentarbiyyah rohani yang ketandusan iman ini~ Diri ini, ana, WNA dan peserta muslimat KRIS mendoakan agar rahmat Allah dicurahkan kepada kalian. Amin~ =)

Thursday, April 7, 2011

Rayyan Haqimi =)

Getting bigger, getting fatter, getting lovely~ ^_^

hhiks disebabkan rasa rinduu dekat my little shuperr shetar ni, ana telah merajinkan diri ana mengupload gambar gambar ni. so, kepada farah hanim nora izzah and semua semua khazinatul asrar's, im uploading these photos for yuols too~ selamat mencomei-comeinya-rayyan ye ^_^ 

ehem ehem, bismillah duluu~ =)

twinkle twinkle little star

how i wonder what you are

up above the world so high

like a diamond in the sky

^_^

hwaa, rinduu nye la budak temokk ni~ btw, lepas ni insyaAllah biidznillah ana akan letak gambar before and after cukur jambul day and showii sbb boring je tengok gambar without captions yg menarik hhiks ok la, selamat merinduu~ salam semua ^_^

*UPDATED*
 
Why baby cries when born? =)
-Abu Huraira said, “I heard Allah’s Apostle saying, ‘There is none born among the off-spring of Adam, but Satan touches it. A child therefore, cries loudly at the time of birth because of the touch of Satan, except Mary and her child.” Then Abu Huraira recited: “And I seek refuge with You for her and for her offspring from the outcast Satan”

Monday, April 4, 2011

Mencari segenap kekuatan~


Andai sahaja ana mampu menyembunyikan segala kesengsaraan di hati ini hanya dengan satu senyuman, pasti sahaja mereka akan mendapati ana berdiri di samping mereka hari ini sambil tersenyum riang membohongi kepedihan hati ini~ 


- Syukran akhi kerana menganggap ana seperti seorang insan yg tidak mempunyai perasaan. anta tahu? sebelum ini ana cuba mencari segenap kekuatan untuk memaafkan anta, cuba menerima anta kembali sebagai sahabat filLah ana. tapi, sepertinya. anta tidak layak mendapat kemaafan ana. anta tidak menghargai diam ana dan di atas segalanya, anta tidak layak menggalas 'amanah' itu~ beri tepukan,  anta berjaya membuat ana membenci anta berdua.

Didikan Allah.

Bila hatiku gelisah, tak tenang, tak tenteram.
Bila hatiku goyah, gelisah, merana.
Rabbi, adakah itu petanda bhw aku jauh dariMu?
Kuatkanlah keimananku ya Rabb.

''Astaghfirullah'' Ana meraup muka. Lemah. Dada terasa sebak, titisan air jernih semakin enak bertakung di kelopak mata ana. Aku pasrah, ya Rabb~

Entah kenapa, lewat kebelakangan ini diri terasa benar-benar lemah, hati terasa benar-benar sakit, iman pula terasa sungguh derita. Justeru, ana langsung menjadi tidak keruan. Umpama lalang, ditiup ke kanan, maka ke kananlah ana, ditiup ke kiri maka ke kirilah ana.

''mira mira~ mira post la something yg happy happy sikit kat blog. *** sedih tgk blog mira~''

Mencari sesuatu yang bahagia dan indah untuk dicoretkan lewat kebelakangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tatkala minda ligat berfikir, tangan menjadi kaku, kelu seolah-olah tiada butir bicara untuk ditaip. Entahlah~

Terkadang terfikir akan kemungkinan pembaca menjadi bosan dan muak dengan penulisan-penulisan ana yang rata-rata berbaur sedih, pilu, kecewa dan macam-macam lagi. Tapi itulah realiti kehidupan, ada pasang surutnya, ada turun naiknya dan mungkin kini ana sedang berada di bawah, mungkin juga kini iman ana berada di tahap terendah. Sakit, benar-benar sakit, namun apalah seorang hamba ini mampu lakukan melainkan berdoa agar pertolonganNya sampai T__T

Ana menulis untuk menyampaikan. Moga tiada niat lain yang terselit. Dalam ana leka menyampaikan, mungkin terkadang ana tidak sedar ada hati yang jemu, ada hati yang meluat. Untuk kelemahan ini, beribu kemaafan ana titipkan~~

Mengemis mardhatillah~
 
Dalam perjalanan mencari redha Ilahi, bukanlah semudah melintas lebuhraya tapi ia menuntut KETABAHAN, KESABARAN & KECEKALAN kerana jalan ini penuh debu dan duri yang mana menguji ketabahan, kesabaran dan kecekalan.

Allah menguji bukan bermakna Dia tidak sayang, tetapi diujinya kita petanda dia benar-benar sayang, petanda bahawa Dia masih ingat pada kita. Dia memberi kita peluang mengasah iman agar lebih cekal berbanding hari semalam, agar lebih kuat untuk menempuh masa hadapan. Indah bukan? (nasihat buat diri ini yang sdg ketandusaann rahmatNya T__T)

Cubitan sayang dari Allah menggerakkan kita agar bangkit,bangkit dan bangkit! Dunia ini penuh tipu dan daya, jangan sesekali terpedaya.

''Astaghfirullah, ana ni cakap je pandaii, semoga amal ana seiring kata-kata ana T__T''

Benar, ana juga manusia biasa, terkadang kaki tersadung pada batu, ana jatuh jua. Iman ana terlalu nipis bahkan mungkin lebih nipis dari kulit bawang. Ana bukannya malaikat yang tidak pernah membuat dosa. Sehebat mana pun ana dipandang, ana masih jua manusia biasa yang apabila terhiris pisau,keluar darah juga~

Jangan terlalu menyanjung manusia futhur ini, kerana sekali ana tersilap langkah, pasti kalian akan menjadi lemah bahkan mungkin terus hilang rasa hormat pada ana. Ingatkah kita, tiada manusia yang sempurna tetapi sekurang-kurangnya cubalah untuk menjadi yang terbaik.

Seribu kemaafan buat insan itu~

Maafkanlah, andai cara ana dalam beramar maa'ruf nahi munkar itu tadi menyinggung perasaan anta. Tapi, ketahuilah. Jujur dari hati ana, teguran yang diberi itu tadi atas dasar kerana ukhwah yang terjalin di antara kita. Anta sahabat filLah ana. Masakan salah bagi seorang sahabat untuk menegur sahabatnya yg berbuat kesilapan? Dan masakan tegar ana membiarkan anta berlaku sesuka hati tanpa memikirkan AMANAH yang digalas anta. Astaghfirullah, beristighfar panjang ana hari ini dek perbuatan anta yang benar-benar mengguris hati ini. Maafkan ana, maafkan ana.

Andai Nabi Ibrahim mampu berkorban kerana Allah, andai Nabi Ismail redha atas perintahNya, mahukah anta berkorban membanteras ego dan redha atas segalanya dan seterusnya menyambut salam maaf ana ini? Semoga Sang Khaliq membuka pintu hati anta untuk menerima teguran ana itu dan memaafkan ana andai tersinggung. 



Dan semua sahibah-sahibah lilLah ana sekalian, ana asifah kalau ana ada buat salah dengan antunna semua. Maafkan ana ye =(

Alhamdulillah ya Rab;
- Sweet unplanned usrah dengan khazinatul asrar's hari ini berjalan lancar. You know how much i missed all of you? And syukran semua sbb bagi perhatian penuh time ana menceritakan 'perihal' itu. Terasa diri ini begitu dihargai aww & terima kasih jugak sbb awak awak semua telah sedikit sebanyak mengubat luka di hati ini. Satu kenyataan, ana rasa selamat dikelilingi mujahidah-mujahidah sehebat antunna semua. Lets keep our faith strong dears, ana uhibbu Khazinatul Asrar's lilLah =')

Sunday, April 3, 2011

Indahnya Wanita.

Hal yang TERINDAH dari wanita~

Bukan ketika dia tersenyum kerana bahagia,

Tetapi saat butiran airmatanya jatuh dalam doa~

Bukan kerana kata-katanya yg indah,
Tetapi pada saat ia diam dlm zikir~

Bukan kerana kecantikannya yg mempersona,
Tetapi kerana sujud & ruku'nya yg tak berhenti~

Bukan kerana keelokan tubuh yang dipamerkan,
Melainkan kerana keteguhannya dlm menjaga AURATnya~

MasyaAllah! this is so true~ ana like sangaat ayat ni =')
semoga ana wa khazinatul asrar's wa muslimah muslimah solehah kat luar sana dapat menjadi wanita yg indah macam di atas ^^, jujur, ana tidak mengharapkan kaum ajnabi memandang ana kerana keindahan ana, cukuplah sekadar mereka melihat ana sebagai seorang hambaNya yg hina yg serupa dengan diri mereka; diciptakan untuk beribadah kpdNya selama-lamanya. dan ana tidak mengharapkan keindahan ana dipertontonkan kpd mereka, cukuplah hanya Sang Khaliq shj yg berhak menilaikan keindahan ini~ sodiki, doakan ana agar tsabat di jalan Allah ni yee & doakan juga agar luka di hati ini terubat~ =)

p/s; khazinatul asrars, ana uhibbu antunna lilLah~ asifah sbb qwertyuiop sikit baru ni. syaitannirrojim ni memang memandaii je dia naa~ *astaghfirullah* ukhwah fillah abadan abada ye sayangg semua~ ^^,

-oh eh eh eh, blog updated dgnn new gadget. okay, rajinrajinkan diri mengscroll ye. insyaAllah jumpa hik3. selamat mengscrolling~

Friday, April 1, 2011

tsk tsk.

and now...... 'they' tend to act like i no longer exist~~
soo, there's no longer a reason to reactive that acc =)

people miss; but it won't last.
people cry; but it will stop.
people love; but loves takes an unpredictable time to last.
and people care; but they'll get tired someday.
 
and maybe that 'someday' is now~
so WNA, please learn; nothing last forever.
awk kena kuat dan awk kena yakin sbb Allah itu sentiasa ada di sisi awk~~
Dia sentiasa ada di kalangan hamba-hambaNya yg sabar.

be strong WNA. dunia ini tidak layak utk ditangisi~
dunia ini cuma persinggahan je right?
everything that we get, we got sume tu tak kekal.
cuma pinjaman Allah semata-mata.
kebijakan, kecantikan and kawaaaannnnn. 

THEY ARE NOT MADE TO LAST FOREVER.
semua tu anugerah Ilahi, so bila-bila masa je Dia boleh ambik balik right?

dan sekarang, mungkin.. its time for Him to take back all of them~
maybe, He wants you to learn how is it to be leaved by people that once really care, that once really loves you.
and most of all, maybe He's teaching you how to be patience.

so, be strong WNA.
ada hikmah di sebalik semua ni.
ingat janji Allah, ingat! 
Dia takkan pernah kecewakan hambaNya.
theres only one thing yg terramat penting dlm hidup ni; SABAR.
sabar ituu yg akan menempatkan awk dlm syurga nanti.

so WNA. plss smileeeee and be strong.
at least, you still got WANNURAMIRA;yourself who craves for her own smiles back.

Rabbi, Engkau tahu bagaimana hancur hati ini~ T__T