Tuesday, August 23, 2011

Kaifa haluki sahabat?

Sahabat,
apa khabar dirimu hari ini?
Bagaimana dengan imanmu?
Bagaimana dengan perjuanganmu?
Apakah masih tegar kamu di medan ini?

Ketahuilah sahabat,
Apabila selangkah kita menghayunkan kaki ke alam perjuangan ini,
Sekali pun kita tidak dijanjikan dengan kemewahan,
Apatah lagi kesenangan.
Sebaliknya,
Kita dijanjikan kehidupan yang penuh penderitaan ,
Kepedihan dan pengorbanan didalam perjuangan,
Dan itulah menjadi kayu pengukur apakah teguh
Dan istiqamahnya kamu di alam ini.
Dengan itu, 
Teguhkanlah dirimu sahabat!
Agar kau tetap tegar didunia ini,
Dan terus menghayunkan langkah hingga nur jihadmu
Terpancar bersama saf-saf pejuang liLlah!

Sahabat,
Untuk menjadi pejuang yang qawiy,
Perlu ada kesabaran yang teguh,
Untuk menghadapi segala ujian-ujian.
Kenapa harus untuk diuji?

Ya, kerana kita impikan syurga,
Maka sewajibnya
Untuk menghadapi segala ujian dengan penuh keteguhan,
Kesabaran dan keimanan yang mantap.

Sahabat, ayuh kita terus melewati jalan ini
Agar kita mampu memegang status sebagai
'penghuni syurga' kelak.

Jadi, ayuhlah sahabat,
Mari kita jual diri kita sebagai penolong agama Allah,
Biarpun diri disakiti, biarpun hati disiakiti,
Supaya nyawa kita dihantar
Sebagai penyemarak api di medan perjuangan.
Tinggalkanlah kenikmatan persinggahan fana ini,
Agar jannah menjadi perkampungan yang abadi~

1 comment: