Pinta ana, jangan disalah anggapkan hal ini. Jangan sesekali disalah tafsirkan. Ana tidak membenci antum semua malah kerana antum semua pernah bergelar sahabatlah, ana lakukan hal ini. Antum semua adalah mahram bagi ana dan berbicara berlebihan-lebihan sesama kita mampu menjadi zina. Mampu menimbulkan fitnah sebagaimana sabda baginda. Maafkan ana, ana cuma ingin menyelamatkan diri ana daripada tergolong dlm golongan wanita yang mampu menimbulkan fitnah kepada golongan antum. Seseorang harus menghentikan permainan syaitan ini. Dan asif untuk FR yang diabaikan. Ana tidak ingin membuka pintu ke arah kemaksiatan. Cukuplah sejarah silam yang cukup sadis untuk dikenangkan itu membuka mata ana bahawa ana tidak memerlukan antum untuk menjadi bahagian daripada hidup ana. Memadai ana malu mengenangkannya sekarang dari ana lebih malu melihatnya di akhirat kelak. Ana sudah cukup dan teramat bahagia dikelilingi sahabat-sahabat muslimah ana untuk mengiringi perjuangan ana. Dan akh, ana mendoakan agar antum semua dapat mengembalikan kembali biah-biah para sahabat yang dahulunya, apabila disebut LELAKI, maka para wanita kagum dek kuatnya iman bukan dek indahnya paras rupamu. Sama-sama kita bangkitkan kembali Islam dan sama-sama kita polish ummah kita!
-Coretan ikhlas, WNA.
likelike ;)
ReplyDelete-farah hanim
likelike too ^^, hii
ReplyDeletesaye pun like gak ah :D
ReplyDelete