Thursday, January 20, 2011

Ukht Sayang ~~~

Tatkala aku mencoret nukilan ini
Pintaku pada ArRahman, diampunkan segala penyakit hati
Dan atas segala kekhilafan diri
Di saat Allah masih mengizinkan udara memenuhi nafas
Badan mengandung nyawa
Dan lisan untuk melafaz
Aku memilih menutur bicara menerusi warkah cinta
Dari Hawa untuk Hawa
Iaitu kamu yang seperti diriku.

Kamu yang seperti diriku
Tidak kunafi, kamu cantik
Lakaran terindah ciptaan Tuhan
Menawan dan memikat hati sesiapa yang memandang
Terutama pada pandangan mata sang Adam.
Namun, tika mata mereka trpegun dgn lenggok tubuhmu yg trdedah
Lalu rambutmu menghias mimpi-mimpi mereka
Hatiku terselubung rasa hiba
Kerana rasa sayang dan cinta
Bukan kerana daku cemburu
Tetapi antara kitalah ramai ke neraka
Yang aku pasti tak terjangkau seksanya
Yang sudah pasti berjuta kali ganda panasnya
Dibanding dengan marak api di dunia.

Kamu yang seperti diriku
Aku pernah di tempatmu
Detik ketika aku bebas berpakaian, dan berteman
Bahagia dengan hiburan dan pujian
Bangga mempamer perhiasan
Padahal yang sebenarnya ia milik Tuhan.
Aku tahu tentang aurat, dosa, dan pahala
Namun dalam kamus duniaku ia tiada mengandung makna
Bukanlah aku tidak fahami tentangnya
Namun seakan mahu tidak memahaminya
Kerana itu pilihanku.

Tuhan ternyata sayang,
Mahu aku pulang melalui satu peringatan
Bahawa KekasihNya menangis, wahai kamu yang seperti diriku
Rasulullah yang kasihkan umatnya itu menangis
Kerana diperlihatkan segolongan dari kita menanggung dahsyatnya azab di akhirat sana.

Segolongan antara kita yg otaknya menggelegak krn tidak menutup rambut
Tergantung lidahnya kerana memaki dan menyakiti hati suaminya
Memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
Kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar kerana mengumpat dan mendusta
Berupa seperti anjing kerana membuat fitnah dan membenci suaminya
& Banyak lagi yg tidak mampu kuteruskan bacaan kerana gentarnya diriku
Nauzubillahi min zalik ~
Aku memohon dari perkara sebegitu berlaku ke atas kita.

Wahai dirimu yang seperti diriku
Apakah kamu tidak gentar seperti diriku?
Tentang pembalasannya yang tak tertanggung
Sedangkan pintu kebaikan mampu kita cari
Kerana janjinya, Allah memudahkan kita ke syurga.

Wahai dirimu yang seperti diriku
Dan kini, Aku dan kamu tahu
Istighfarlah.
Lalu jangan didustakan lagi tentang apa yang kamu kini tahu
Buanglah sejauhnya segala jahiliah diri
Kembalilah dengan satu  hati yang suci
Tanda hijrah hamba yang sejati.


Dari,
DIRIKU, insan lemah yang mencintai DIRIMU.

2 comments:

  1. bagus adik-adik Kak Fifiey leni B-)
    dok macam Kak Fifiey =___=

    bagus Mira , teruskan dakwah enti :)
    Kak Fifiey menyokong dari belakang walopon blog Kak fifi sdiri ketandusan tazkirah-tazkirah sebegini =______=

    Ngarowt je banyak . Hahaha x-)

    uhibbuki fiLLah ya ukhti soghir :)
    lame dok jupe Mira , rinduu wase .
    maklumlah blok kite bagaikan KL dengan Jordan xDDD

    hahaa :)

    ReplyDelete