Friday, June 10, 2011

Muhasabah Masa Silamku~

Assalamualaikum semua~ =) InsyaAllah hari ni ana nak share-kan sebuah monolog seorang hamba yang sedang mencari keredhaan Ilahi di mana monolognya ini seolah-olah benar-benar menggambarkan kehidupan ana yang dahulu dan kini.[syukran ukhti] Namun, ada sedikit perubahan yang ana ubahkan dalam monolog ini. Ya Allah, aku mohon; Redhalah dengan perubahanku ini & ampunkanlah dosa silamku~


Bismillahirrahmanirrahim~

Dengan namaMu yaRabb, aku memulakan tulisanku ini, dengan penuh kerendahan, ku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini agar jauh dari fitnah dan segala maksiat.



Kata-kata yang memberi hikmah kepada diri~
Teringat kata seorang abang senior, ketika disekolah dulu, yang saya cukup respect atas peribadi dan kepetahannya berbicara. Katanya, dalam hidup kita ni, tak boleh juga hanya terus ke depan, sesekali harus memandang ke belakang untuk membuat muhasabah, untuk belajar dari kesilapan yang lepas-lepas. Jadi, beberapa hari ni, alhamdulillah, saya kembali muhasabah, tentang apa yang pernah terjadi dalam hidup saya, sampai saya boleh berjalan terus kehadapan sehingga kini.

Bermulanya dahulu~

Sebenarnya, nak bawa kembali ingatan kepada zaman mula-mula saya berinternet dulu. Bagaimana saya mula terjebak ke arah it ni? Hakikatnya diri saya yang dahulunya sangat buta it. Tak tahu apa itu internet, apatah lagi myspace blog dan sebagainya.Desktop yang berada dirumah pun, saya takut nak usik, takut rosak. Namun, akhirnya saya tetap terjebak dengan perkara-perkara yang cukup hina bagi saya kini. Tidak dapat tidak ditolak sangkalan, bahawasanya yang membawa saya menjerumus ke alam ini adalah kawan-kawan sekelas. Waktu saya berada di pertengahan darjah 6. Kawan-kawan sekelas saya pula, sibuk dengan friendster dan myspace. Masih ingat lagi saya, hampir setiap hari kawan-kawan bercerita tentang bestnya ber'frienster' dan ber'myspace'. Dan saya sangat-sangatlah teruja mendengarkannya.

Akhirnya hati tergugat juga untuk membuat akaun laman sosial berikut. Hati saya sering kali sebak bila teringat dengan kisah dulu. Jahilnya saya dalam dunia IT. Bukan saya sedih sebab saya jahil menggunakan friendster atau myspace dulu, tapi saya sedih kerana saya tak mampu pertahankan maruah agama saya, maruah diri saya sebagai seorang muslimah. Dulu saya lihat, ramai kawan-kawan seangkatan dan malahan senior-senior saya, menggunakan dunia alam maya ini tanpa had. Gambar merata-rata tempat, dan tak terbatas hubungan antara laki perempuan. Pendek kata ikhtilat berlaku masa tu. Dan dengan kelamahan iman dan jiwa, saya turut terjebak kearah itu, dengan menggunakan dakwah sebagai platform, dakwah sebagai alasan untuk berhubungan antara laki dan perempuan. Padahal diri pun belum cukup sempurna, dan saya teguhkan alasan saya itu dengan kata 'aslih nafsak wad'u ghairak'.


Kerana fitnah wanita itu~

Dulu-dulu, saya banyak mengumpulkan kata-kata hikmah/ulama' didalam laman-laman sosial saya. Saya juga meletakkan gambar-gambar saya, kawan-kawan dan juga family, dan pastinya gambar itu menunjukkan seorang muslimah yang teguh pada pakaiannya. Dan saya tahu, dengan kedua-dua sebab itu, dan ditambah dengan sebab saya bersekolah agama, ramai yang tertarik. Tak terlepas juga lelaki. Itu yang saya kecewa hingga kini. Mereka juga memberi alasan kerana melihat 'kesolehan', mereka mahu belajar dari saya. Padahal kaum sejenis kita diseluruh dunia ini pun belum habis kita dakwah, dan belum habis kita cari untuk belajar~ aduhai manusia..suka memberi alasan... yang dilarang itulah yang paling nikmat untuk dilakukan.. susahnya nak taat!~
kata malaikat saya: tak susah mana pun, kalau kau bina kecintaanmu kepada Tuhanmu, dengan setinggi-tinggi kecintaan. Seperti kau mencintai jejaka yang kau sayangi, apa pun kau sanggup berkorban.
*dan dengan cara itulah aku akan membina kecintaan itu~*

 

Berubah/berhijrah~

Semakin dekat saya ke penghujung 2010, saya cuba lakukan perubahan, tapi kadang-kadang terjatuh juga. Kerana kasihan melihat kawan-kawan yang mencari dan tercari-cari saya. Tapi jika kasihan melihat mereka, sepatutnya saya harus terus berubah, agar saya boleh mengubah mereka juga. Akhirnya saya mengambil keputusan memutuskan terus perhubungan. Seperti yang dinyatakan di dalam post itu, saya membuang semua laman sosial yang saya bina dulu. Agar saya mampu tenang di dalam perubahan ini. Alhamdulillah, dan kini saya mampu untuk terus dan terus dan lebih meningkat dalam melakukan perubahan.

Tapi kadang-kadang, saya ada juga membuka YM, dan laman sosial dahulu, melihat perubahan yang berlaku juga atas diri teman-teman yang lain. Dan tiap kali itu juga, jiwa saya rasa sakit, jiwa saya tangis. Ntahlah, tak tahu knapa. Masih ada lagi yang meneruskan perbuatan-perbuatan sedemikian, walaupun sudah kerap kali laman-laman web yang mantap penyebarannya seperti iluvislam, langitillahi.com, saifulislam.com, halaqah.net, gentar-rasa.com dan sebagainya, menyatakan penyalahgunaan mukmin dan mukminat didalam laman-laman sosial kini. Apakah tak terkesan kita? Allahu 'alam~ Allah saja yang mampu beri hidayah kepada siapa yang hanya Dia mahu. Yang penting terus berdoa.


Yang ditarbiyah harus menjalankan tarbiyah itu~

Kata murobbi saya, ketika saya bertanya tentang masalah yang saya fikirkan, tentang seorang yang menolak hidayah/tarbiyah. Contohnya seorang itu hakikatnya duduk bersama-sama didalam tarbiyah bersama kita. Walaupun dia tahu hukum hakam yang mengharamkan sesuatu perbuatan itu, dia tetap melakukan. Apa agaknya kita nak buat? Ana tak tau kalau benda ni terjadi pada antum, akankah terbeban dalam fikiran antum tentang masalah ini. Tapi bagi ana ia sangat-sangat membebankan, sehingga susah lena malam dibuatnya~

Waktu saya tanya kepada seorang teman, dia memberi analogi tentang keretapi. Katanya;

dakwah ni ibarat keretapi yang bergerak. Kalau kamu berhenti di suatu stesyen bersama temanmu, lalu kertapi itu mahu berjalan, kamu memanggil kawanmu itu untuk naik kertapi meneruskan perjalan, jika dia tak mahu naik, apa yang akan kamu buat? ada dua pilihan, samada kamu terus meneruskan perjalanan ataupun kamu juga tertinggal distesyen itu.

Pada mulanya, saya memang ingat nak tinggalkan saja. Tapi, disebabkan saya sayang kawan saya, saya mahu kami bersama-sama kesyurga, jadi saya bertanya kepada murobbi, mas'ul usrah saya.




Allah maha berkuasa atas segalanya~
Maka terjawablah sudah begini;~
Allah nak beri hidayah itu, kepada sesiapa yang Dia nak. Allah menggantikan kita sebagai perantaan untuk mereka menrima tarbiyah dan hidayah. Seseorang itu mempunyai kunci tersendiri. Itu adalah usaha kita sendiri untuk mencari kuncinya. ya! pada masa tu, teguh dijiwa saya untuk mencari kunci itu. Di samping berdoa kepadaNya, agar dia memelihara ikatan kami, menjaga kami dari bisikan-bisikan syaithan dan terus menerus memberi hidayahNya yang benar. Amin~ Alhamdulillah, terlaksana sudah tanggungjawab saya kini.

Kerana aku lah wanita, mahu sempurna status muslimah~

Sehingga kini, kawan-kawan yang bersosial bersama saya dahulu, samada di ym, myspace, facebook, masih lagi tercari-cari saya. Mohon maaf dipinta. Dan ramainya dikalangan lelaki. Maaf sekali, saya tidak mahu menjatuhkan kalian. Kerana kalian pemimpin kami kelak. Saya mahu kalian serius dalam hidup dan serius dalam perjuangan kalian, agar dunia islam yang kita rindu-rindukan akhirnya menjadi kenyataan didalam tangan generasi kita. Saya tak mahu anda-anda jatuh ibarat monyet yang hanya terpukul dengan angin yang lembut...
Berhubunglah apabila ia benar-benar perlu. Jangan cari saya dan teman-teman wanita yang lain kalau tiada asbab yang perlu, sebab wanita tu kan berhati lembut, mudah jatuh dengan dugaan itu. Syaithan pula tetap berada di sekeliling kita, jangan kita tertipu dengan racun bisanya,  Moga Allah ganjari mujahadah kita!


Rancangan zionis laknatullah~
Suatu saat, ada seorang ustaz menceritakan, yang bahawasanya zionis dan sekutunya membuat kajian dan sudah mendapat jawapan, bahawa yang akan menjatuhkan pemuda islam yang tegar adalah wanita islam itu sendiri. Mereka sangat membencikan pemuda pemudi islam yang tegar di medan ini. Jadi mereka bercadang untuk menghancurkannya. dan kini telah terbukti, seperti yang saya kata tadi, muslim dan muslimah banyak salah gaya menggunakan facebook. Pihak zionis ini tahu, yang wanita ni, semamngnya sukakan menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Maka mereka menggunakan kecanggihan IT ini untuk muslimah menunjukkan kecantikan mereka. Mereka berpakaian serba muslimah, ada yang berpurdah lagi  tapi hakikatnya, mereka tidak simpan malu, lalu meletakkan segalnya di laman sosial, yang boleh di akses tak kira muslimin atau muslimat, yang mahram ataupun tidak.

Dan seperti yang kita tahu, lelaki tidak kira la pemuda biasa, ataupun ustaz, ataupun tok haji sekali pun, pasti tertarik dengannya. Buktinya telah saya lihat, di laman sosial sendiri pun, saya boleh ambil pengajaran dengan mengakses beberapa facebook rakan-rakan yang lain. Yang wanita pula, sangat suka di puji. Kalau tak percaya, silakan minta diorang buang semua gambar-gambar tersebut, pastinya tak mahu, malah ada hujjah-hujjah sendiri. Sewaktu ni, bagi saya, harus mengetepikan alasan itu, kerana kekuatan pemuda islam itu di tangan kita sendiri.


Ikhtilat lagi~

Dan satu lagi, tentang masalah ikhtilat. Ikhtilat yang tak terbatas. walaupun di blog-blog islami, saya kini mula rasa tidak suka *alhamdulillah, Allah mula mencampakkan kebencian pada jahiliyah di sekeliling* dengan ikhtilat yang berlaku. Seperti yang berlaku pada saya dahulu, mereka menggunakan dakwah sebagai alasan. Hei jahiliyyah, tolong pergi main jauh-jauh dari aku dan teman-temanku!


Mafhum sepotong hadis Baginda;
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "

Mencegah dengan iman; perlu membenci perbuatan itu~

Dengan berbekalkan kebencian yang saya ada, saya hanya mahu berdoa, agar Allah meneguhkan hati saya untuk terus berada di dalam perubahan ini, dan meningkatkan diri saya ke arah yang lebih baik, serta berdoa agar manusia-manusia di sekeliling saya, terus menerus memahami islam dengan sebenar-benar hakikat. Moga Allah memudahkan segalanya~


~syukran jazillan kathiran for all my dear khazinatulasrar's, indeed i'll never forget that moments~ uhibbukunna hubban jamma ^__^

1 comment:

  1. Andai kata aku silap,
    tegurlah...
    agar bisa terteguh iman dalam diri...
    agar bisa terbina ukhuwah dalam jiwa...
    andai aku menggunakan medan it untuk berbuat maksiat,
    madahkanlah aku
    tazkirahkanlah aku...
    tegurlah...

    ReplyDelete