Saturday, April 16, 2011

KRIS, Di mana lagi akan ku temukan suasana ini?

Salam to all readers~ Post yang berkisarkan sebuah monolog qalbi ini~ =)
 

KRIS; Kem Remaja Islam SHAMS 2011.

Aku cuba mengingati kembali setiap detik tatkala berada di sini. Hati ini jadi sayu. Jadi rindu. Perasaan hina, jahil datang silih berganti. Dan yang paling tak terzahir, rasa keinginan untuk kembali berjuang, kembali bangkit! Ya, bangkit untuk menjadi seorang afradul muslim yang benar-benar berjihad di jalanNya. Persoalannya, layakkah aku?

Sedangkan sesi Uslub Dakwah sahaja, air mata ini sudah mengalir. Lalu, apatah lagi berdakwah ke serata dunia seperti insan maksum itu? Saat manik-manik kristal itu pantas mengalir, pelbagai kenangan di masa silam hinggap di kotak fikiran ini dan menimbulkan persoalan; 'ah. layakkah aku untuk berdakwah tentang hal ini? tentang hal yang dahulunya tidak pernah aku fikirkan halal haramnya.' Namun, pada masa yang sama, aku dihimpit dua perasaan yang datang silih berganti; 'duhai hati, wajarkah aku untuk menulis surat perletakan jawatan dari jalan dakwah ini dan menghantarnya kepada Rasulululllah? wajarkah?'

Pengalaman sepanjang KRIS ini tidak dapat aku zahirkan melalui pena atau lisan secara rawak sekalipun. Setiap detik dan setiap ketika yang berlalu mengajar aku erti 3 kalimah yang jika ditafsirkan maknanya maka akan melahirkan beribu erti mengikut persepsi masing-masing. Itulah; DISIPLIN, RESPONSIF & UKHWAH. 3 perkataan yang menjadi prinsip kami sepanjang kem itu, dan insyaAllah sehingga akhir hayat kami. Terngiang-ngiang di telinga ini laungan kalimah; 'TAUHID!' + 'LAILAHAILLALLAH!', 'ADIK-ADIK!' + 'DISIPLIN,RESPONSIF,UKHWAH!', 'TAKBIR!' + 'ALLAHUAKBAR' dan terkenang-kenang di minda ini, saat kita melaungkan doa wahdah beramai-ramai di surau sehingga bergema surau itu~ Bagi aku, itu saat yang paling indah sepanjang kem berlangsung. Kerana di saat itulah, ada satu perasaan menyelinap masuk ke dalam qalbi ini. Ya, perasaan itu adalah satu kekuatan. Satu kekuatan jihad yang berbisik di qalbi agar diri ini terus tabah~ Alhamdulillah, di saat itu hati ini serasa bagai diberi kekuatan oleh Sang Khaliq~
=')

Letih. Rimas. Tertekan. Haus. Ya, kemana sahaja aku pergi~ Sentiasa sahaja ada bibir-bibir yang mengucapkan kata-kata ini. Masakan tidak? Kerana aku sendiri yang merungut. Namun, malam sebelum tidur yang diamanahkan agar kita, para peserta bertaubat itulah yang mengajar aku bahawa haus ini, penat ini, adalah cuma ibarat segelas air yg diceduk dari lautan. Lupakah aku pada anak-anak Palestin yang dijemput Malaikat Izrail cuma kerana kehausan ini, dan yang paling penting. Lupakah aku pada kehausan dan kepenatan di Padang Masyar kelak? Ya. Dari situ, aku belajar erti betapa syurga itu tidak layak untuk dihuni oleh hamba-hamba yg memanjakan nafsu seperti aku.


Sepanjang kem berlangsung, para peserta diwajibkan untuk memakai head band di kepala. Ya, jujur. Terasa diri ini bagai seorang mujahidah. Apatah lagi tatkala memakai head band itu sambil memegang bendera kumpulan. Benar kata ukhti Farah, terasa bagai memegang panji Islam. Roh jihad itu serasa membara apatah lagi saat malam di Dewan Umar Al Khattab bersama semua peserta kem termasuk ikhwan sekali menyanyikan lagu Bingkai Kehidupan itu~ Bagi aku, malam itu adalah malam yang penuh dengan semangat jihad. Bintang, bulan. Semuanya kelihatan begitu tenang sekali~ =) Riadah pula? Aku mengerti~ Walaupun berada dalam slot riadah, para peserta masih lagi diuji. Diuji dengan prinsip kami. Wala' kepada pemimpin dan ukhwah yang memang pasti. Aku imbau kembali saat bersesak-sesak nafas di dalam lingkungan ketua-ketua kumpulan itu. Salah seorang dari mereka mengalirkan air mata sambil riak wajahnya menunjukkan dalam kesakitan kerana bertahan. Ah, maafkan ana sahibah~ T__T



Qiamulail~ Saat doa taubat dihayati oleh imam. Aku cuba menghayatinya sekali. Walaupun dalam keadaan mengantuk, aku bermujahadah. Sekali lagi, air mata ini mengalir. Hina. Jahil. Rasa tidak layak berlaku sombong sebagai seorang hamba. Astaghfirullah, perbuatan aku selama ini seolah-olah aku lupa bahawa aku ini cuma hamba yg lemah, fitrahku adalah untuk mengabdikan diri kepadanya. Aku lupa. Astaghfirullah, Astaghfirullah. Dan saat kemuncak kem ini adalah slot Muhasabah. Ya, jujur. Aku kagum dengan mereka yang sanggup dikenakan denda demi mempertahankan nama ibubapa mereka~ Dan imbas lagi, saat mata ini dibalut dengan tudung, pelbagai soalan diaju & sejujurnya aku adalah salah seorang yang berdiri. Ya, jawapannya. Kerana aku tidak sempurna dan aku adalah seorang pendosa~ Hati ini semakin sebak tatkala Kak Ain menceritakan kisahnya itu~ Ditambah lagi dengan video itu, nasyid itu. Astaghfirullah. Segala kenangan hitam dahulu bermain lagi di minda. Ah, hinanya diri ini~ T__T


Saat majlis perasmian penutupan ini, tiba sesi bersalaman. Saat inilah air mataku jatuh lagi. Dua tiga orang kakak FC berbisik sesuatu di telingaku sambil menggenggam erat tangan ini. Ditatapnya mata ini; mengharapkan jawapan. Namun, seolah-olah lidah ini terlalu kelu dan aku cuma mampu mengatakan 'Insyaallah'. Namun, ukhti~ amanahkah itu? amanahkah? Ah, ana takut kak. Ana takut andai ana tidak mampu. Tapi, ana akan cuba, insyaAllah. Demi SHAMS, ana akan cuba. 

Dan, aku tidak pasti apa yang berlaku pada sahabat-sahabat seperjuanganku selepas ini. Namun, aku akan tetap mendoakan kalian dan diri ini sendiri semoga kita sentiasa terpelihara iman, jiwa dan diri kita dari negative side. Rindu itu tetap ada dalam semaian cinta. Meskipun sekejap melakar memori bersama kalian, tetapi inilah yang mentarbiyah hati supaya diri menjadi kuat untuk melakar kehidupan. Dan buat sahabat-sahabat seperjuangan, istiqamahlah dalam pencarian cinta Illahi ini.Persiapkan dirimu untuk memulakan perjuangan selepas ini. Kehidupan ini akan mengajar dan melatih diri kita kerana perjalanan sangat berliku dan mencabar. Jagalah akhlak kita, appreciate kenangan lalu yang boleh mendidik hati dan jiwa kita semua. 

Akhirul kalam, kepada ahli kumpulan 9 dan penghuni Dorm 25 especially, beribu kemaafan dipinta andai sepanjang LDK berlangsung dan malam-malam yang diisi bersama itu ada hati yang tergores, terluka, terasa atau seadik-beradik dengannya~ Ketahuilah, diri ini tidak sempurna dan andai ada terkasar bahasa, maafkan ana ye~ Tidak lupa juga kepada kakak-kakak dan abang-abang FC yang telah banyak berkorban tenaga dalam misi membentuk rohani kami ini. Maafkan kami andai kami tidak mampu untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kami itu. Maafkan kami andai perlakuan kami mengguris hati kalian. Dan kepada kakak-kakak FC terutamanya, secara persendirian dan ikhlas dari hati ini, syukran kathiran kakak-kakak kerana mentarbiyyah rohani yang ketandusan iman ini~ Diri ini, ana, WNA dan peserta muslimat KRIS mendoakan agar rahmat Allah dicurahkan kepada kalian. Amin~ =)

3 comments: