Monday, April 4, 2011

Didikan Allah.

Bila hatiku gelisah, tak tenang, tak tenteram.
Bila hatiku goyah, gelisah, merana.
Rabbi, adakah itu petanda bhw aku jauh dariMu?
Kuatkanlah keimananku ya Rabb.

''Astaghfirullah'' Ana meraup muka. Lemah. Dada terasa sebak, titisan air jernih semakin enak bertakung di kelopak mata ana. Aku pasrah, ya Rabb~

Entah kenapa, lewat kebelakangan ini diri terasa benar-benar lemah, hati terasa benar-benar sakit, iman pula terasa sungguh derita. Justeru, ana langsung menjadi tidak keruan. Umpama lalang, ditiup ke kanan, maka ke kananlah ana, ditiup ke kiri maka ke kirilah ana.

''mira mira~ mira post la something yg happy happy sikit kat blog. *** sedih tgk blog mira~''

Mencari sesuatu yang bahagia dan indah untuk dicoretkan lewat kebelakangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tatkala minda ligat berfikir, tangan menjadi kaku, kelu seolah-olah tiada butir bicara untuk ditaip. Entahlah~

Terkadang terfikir akan kemungkinan pembaca menjadi bosan dan muak dengan penulisan-penulisan ana yang rata-rata berbaur sedih, pilu, kecewa dan macam-macam lagi. Tapi itulah realiti kehidupan, ada pasang surutnya, ada turun naiknya dan mungkin kini ana sedang berada di bawah, mungkin juga kini iman ana berada di tahap terendah. Sakit, benar-benar sakit, namun apalah seorang hamba ini mampu lakukan melainkan berdoa agar pertolonganNya sampai T__T

Ana menulis untuk menyampaikan. Moga tiada niat lain yang terselit. Dalam ana leka menyampaikan, mungkin terkadang ana tidak sedar ada hati yang jemu, ada hati yang meluat. Untuk kelemahan ini, beribu kemaafan ana titipkan~~

Mengemis mardhatillah~
 
Dalam perjalanan mencari redha Ilahi, bukanlah semudah melintas lebuhraya tapi ia menuntut KETABAHAN, KESABARAN & KECEKALAN kerana jalan ini penuh debu dan duri yang mana menguji ketabahan, kesabaran dan kecekalan.

Allah menguji bukan bermakna Dia tidak sayang, tetapi diujinya kita petanda dia benar-benar sayang, petanda bahawa Dia masih ingat pada kita. Dia memberi kita peluang mengasah iman agar lebih cekal berbanding hari semalam, agar lebih kuat untuk menempuh masa hadapan. Indah bukan? (nasihat buat diri ini yang sdg ketandusaann rahmatNya T__T)

Cubitan sayang dari Allah menggerakkan kita agar bangkit,bangkit dan bangkit! Dunia ini penuh tipu dan daya, jangan sesekali terpedaya.

''Astaghfirullah, ana ni cakap je pandaii, semoga amal ana seiring kata-kata ana T__T''

Benar, ana juga manusia biasa, terkadang kaki tersadung pada batu, ana jatuh jua. Iman ana terlalu nipis bahkan mungkin lebih nipis dari kulit bawang. Ana bukannya malaikat yang tidak pernah membuat dosa. Sehebat mana pun ana dipandang, ana masih jua manusia biasa yang apabila terhiris pisau,keluar darah juga~

Jangan terlalu menyanjung manusia futhur ini, kerana sekali ana tersilap langkah, pasti kalian akan menjadi lemah bahkan mungkin terus hilang rasa hormat pada ana. Ingatkah kita, tiada manusia yang sempurna tetapi sekurang-kurangnya cubalah untuk menjadi yang terbaik.

Seribu kemaafan buat insan itu~

Maafkanlah, andai cara ana dalam beramar maa'ruf nahi munkar itu tadi menyinggung perasaan anta. Tapi, ketahuilah. Jujur dari hati ana, teguran yang diberi itu tadi atas dasar kerana ukhwah yang terjalin di antara kita. Anta sahabat filLah ana. Masakan salah bagi seorang sahabat untuk menegur sahabatnya yg berbuat kesilapan? Dan masakan tegar ana membiarkan anta berlaku sesuka hati tanpa memikirkan AMANAH yang digalas anta. Astaghfirullah, beristighfar panjang ana hari ini dek perbuatan anta yang benar-benar mengguris hati ini. Maafkan ana, maafkan ana.

Andai Nabi Ibrahim mampu berkorban kerana Allah, andai Nabi Ismail redha atas perintahNya, mahukah anta berkorban membanteras ego dan redha atas segalanya dan seterusnya menyambut salam maaf ana ini? Semoga Sang Khaliq membuka pintu hati anta untuk menerima teguran ana itu dan memaafkan ana andai tersinggung. 



Dan semua sahibah-sahibah lilLah ana sekalian, ana asifah kalau ana ada buat salah dengan antunna semua. Maafkan ana ye =(

Alhamdulillah ya Rab;
- Sweet unplanned usrah dengan khazinatul asrar's hari ini berjalan lancar. You know how much i missed all of you? And syukran semua sbb bagi perhatian penuh time ana menceritakan 'perihal' itu. Terasa diri ini begitu dihargai aww & terima kasih jugak sbb awak awak semua telah sedikit sebanyak mengubat luka di hati ini. Satu kenyataan, ana rasa selamat dikelilingi mujahidah-mujahidah sehebat antunna semua. Lets keep our faith strong dears, ana uhibbu Khazinatul Asrar's lilLah =')

5 comments:

  1. keep strong! kami sentiasa bersama awak, insyaAllah. ketahuilah dirimu begitu berharga. tiada ganti ok? ceriaceria sikit ok? Allah kan ade.. :)

    ReplyDelete
  2. im trying to, tapi awk sendiri pun~ kalau kat tempat sy.. er, mesti lagi sedih. astaghfirullah =( Allahha ma'ana, wna~~

    ReplyDelete
  3. sy thu awak kuat!
    jangan risau, sumenye akan kembali macam biase.. :)

    ReplyDelete
  4. ahzinatul asrar akan jadi macam dulu lagi ke? T_T

    ReplyDelete