Thursday, January 13, 2011

Ukht ~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

hikhikhik. alhamdulillah, hari ni ana rasa sangat sangat tenang hhakss. nak tahu sebab apa? sebab hari minggu of courseee ~~

tehhee. oh ya, tak nak hurai perkara perkara yg boleh buat kita semua lagha. So, baik ana straight to the point jee okay :) Bace bismillah duluu ye ukht ukht wa akh sekalian..

Warkah ni special tip top ana share kan utk kita semua yg bergelar muslimah solehah and even muslimin skali pun. Dan ana harap kita semua dpt ambil iktibar ye (^^,)

Kepada seorang yang ku gelar kawan
Seorang sahabat yang sangat aku sayang
Seorang ukhti, yang dalam kekeliruan

Sungguh, aku pernah merasakan sunyi sepertimu
Aku mahukan tempat bergantung
Lantas, kucari manusia
Kucari nikmat dunia

Namun itu bukan solusinya
Kerana manusia tidak semuanya setia
Dan nikmat dunia hanyalah sementara
Lantas, apa lagi manfaat yang boleh kudapat?

Lalu dengan cinta terhadap dunia ini
Aku jatuh tersungkur
Aku jatuh dengan harapan seseorang akan datang membantu.

Tapi aku hampa
Kerana pada pandanganku
Tiada siapa yang memahami
Aku jadi keliru
Apakah aku yang membisu?
Atau mereka memang tidak tahu?

Lalu baruku tahu
Allah bukan menciptakan aku untuk merasakan aku sendirian
Dia menciptakan aku untuk mencari cinta-Nya
Mengabdikan diriku kepada-Nya

Tapi aku silap;
Aku masih terus mencari
Bermegah dengan ‘realiti’ dunia
Merasakan bahawa aku tahu segalanya
Segalanya telah pun aku predict
Manusia begitu, manusia begini
Tanpa sedar, aku rasa hebat
Sedangkan yang Maha Mengetahui adalah Dia!

Pelbagai prejudis bermain di hati
Dia hipokrit! Dia penipu!
Dia pengkhianat!
Dalam permainan syaitan, aku tewas
Aku hanyut dengan serangan pemikiran
Ya, ghawzul fikr

Tapi Allah masih sayangkan aku
Dan Dia bimbing aku ke jalan ini
Jalan yang sewajarnya kita semua berada di atasnya

Bukankah setiap hari tujuh belas kali kita minta
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”

Pernahkah kau terfikir wahai ukhti
Jalan yang lurus itu,
Allah tak turunkan sekelip mata

Perjalanan ini menuntut pengorbanan yang besar
Tetapi sangat kecil terasa apabila sudah mula melangkah
Malah perjalananku masih belum selesai
Hingga akhir nafas

Aku mahu beritahu
Bahawa aku sangat sayangkan kamu
Kerana Allah, ya ukhti
Dan sayang ini bukan dibuat-buat
Kerana aku juga mahu
Kau merasai kasih sayang Dia Yang Maha Mengasihani

Apakah kau fikir Dia tidak mendengar keluh kesahmu?
Di saat kau kehilangan orang yang kau sayang
Di saat semua rakan-rakanmu mengendahkanmu?

Sungguh, Dia Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui
Dan ketahuilah ukhti
Berat sungguh hati ini untuk melihat kau bersedih 
Ingin sekali aku memujuk hatimu

Namun kutahu, kau sedang ditarbiah-Nya
Dia sedang mendidikmu melalui kesepian yang kau rasa
Kerana di saat kau terasa lemah dan sendiri
Barulah kau sedar, kau punya Dia!

Ambillah tanganku, wahai teman
Kerana apabila kau sudah menemui cinta-Nya
Kau akan dapat merasai betapa indahnya persaudaraan
Kerana kita bukan sekadar bersahabat
Kita bersaudara, atas nama Islam yang tercinta

Jangan ragu-ragu
Jangan rasa terpinggir
Kerana Allah tahu segalanya
Kerana masamu akan tiba
Dan aku takkan putus asa
Sentiasa mendoakanmu
Cukuplah dengan kesedihanmu itu
Tidak berbaloi untuk bersedih kerana dunia ini

Senyumlah seikhlasnya
Yakinlah bahawa Dia sentiasa di sisi-mu
Dan satu hari nanti
Aku berharap
Tangan yang kuhulur
Akan kau sambut dengan girang.


Sepatah dua kata dari penuliss ;

Subhanallah! Coretan yg sgt menusuk kalbu. Pernahkah kita terfikir bahawa kesepian yg dialami ituu sebenarnya adalah tarbiah dariNya? Walaupun pada hakikatnya, kita tidak pernah bersendirian krn Allah itu sentiasa bersama kita! Tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita sebagaimana kita meninggalkanNya. Wahai ukht, kita tidak perlu mendambakan cinta seseorang insan yang belum tentu halal bagi kita. Mengapakah kita menginginkan cinta hamba tanpa langsung terdetik di hati untuk mengenal cinta si Pencipta? Sedarkah kita bahawa cinta, rindu dan perasaan itu cumalah bisikan nafsu. Nafsu yang sentiasa membawa kita ke lembah kemaksiatan, ke lembah kebinasaan! Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Mohon ampunlah padaNya ukht. Mintalah keredhaanNya agar dia sentiasa mmbasahkan hatimu dgn hidayah, petunjuk dan keimanan. Dan ingatlah ukht, tatkala kau perlukan seseorang untuk mmbantumu bangkit kembali, aku akan sentiasa menghulurkan tanganku utk bersamasama berjuang & mendambakan cinta Sang Ilahi. Lillah, aku di sini untukmu..

Salam mujahadah fisabilillah ; Ukht WNA ~~~

1 comment: