Monday, December 27, 2010

Ahad Ahad Ahad!

“Hoi si hitam! Bodoh sungguh kau! Aku tahu engkau telah mengikut agama yang dibawa oleh Muhammad. Aku mahu kau keluar dari agama itu!”

“Tidak! Walaupun kau ialah tuan aku, kau hanya berhak keatas jasad dan kudrat aku sahaja. Kau sesekali tiada hak atas pegangan hatiku ini !”

“Apakah kau telah dirasuki syaitan Muhammad hingga kau sanggup keluar daripada agama nenek moyang kita?! Keluarlah kau dari agama Muhammad, jika tidak kau akan aku siksa dengan siksaan yang amat berat!”

‘Tidak! Jika aku terpaksa mati pun, aku takkan meninggalkan agamaku ini!

Bilal Bin Rabah r.a ialah seorang hamba kpd Umayyah bin Khalaf. Apabila Bilal r.a telah masuk islam, Umayyah bin Khalaf sangat marah dan dia telah menyiksa Bilal r.a dengan sangat teruk sekali.

Bilal r.a telah disiksa dengan siksaan yang kejam. Dia diseret dengan kuda ke sekitar kota Mekah. Dia dipakaikan tali di lehernya dan diperlakukan seperti seekor binatang! Siksaan demi siksaan diberikan oleh tuannya dgn harapan agar Bilal r.a akan kembali kepada agama asalnya mereka iaitu meyembah berhala.

Namun ternyata Bilal r.a seorang yg tabah! Melihatkan keengganannya untuk murtad, Umayyah telah memakaikan Bilal dengan sepasang baju besi. Dia dibaringkan di atas padang pasir yang membakar kepanasan lalu diletakkan batu yang berat ke badannya. Setiap saat, mulutnya menyebut ‘Ahad, Ahad, Ahad‘, Mengisbatkan Allah. 

Mendengarnya, bertambah marahlah Umayyah. Diriwayatkan bahawa ketika disiksa dengan batu itu, kulit Bilal r.a melecur teruk sehingga mengalir keluar lemak-lemaknya sehingga dagingnya melekat pada baju besi itu!

Siksaan itu berterusan sehinggalah dia ditebus oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu dimerdekakan. Bilal Bin Rabah r.a terkenal dengan sifat jujur, soleh dan rendah hatinya. Walaupun rupanya hodoh dan hitam legam, beliau telah dimuliakan oleh Baginda Rasulullah dgn melantiknya sebagai muadzzin setiak kali masuk waktu solat. Bilal Bin Rabah r.a wafat pada usia 60 tahun,pada tahun 20hijrah. Beliau dimakamkan di Damsyik.
***

Sebenarnya, kisah para sahabat r.a ini bukanlah sekadar untuk diceritakan di kedai kopi, dimuatkan ke dlam buku sejarah atau diceritakan kepada anak kecil sebagai hiburan sebelum tidur. Tidak! Bahkan cerita-cerita mereka inilah pembakar semangat bagi jiwa-jiwa yang kering, ketandusan tarbiyyah dan mujahadah.

Kini,masih ramai yg ditindih atas dada dan mengucapkan ‘ahad’, tapi mereka bukan ditindih batu sebaliknya ditindih bantal. Kalimah ‘Ahad’ bukannya merujuk kepada Allah sebaliknya merujuk kepada hari ahad. Ya. Ramai yang terlepas solat subuh kerana hari Ahad boleh bangun lambat, cuti!
Jauhnya iman kita dengan iman para sahabat. LETS MUJAHADAH (^^,)

No comments:

Post a Comment