Monday, June 20, 2011

#Part 2; Kerana Aku Sayangkan Kamu KeranaNya

My dear ukhti,
Doaku panjatkan sudah;
Agar terbuka hatimu untuk membaca warkahku.
Selebihnya,aku serahkan padaNya.

Dan buat kali ini,
Izinkan aku untuk mencoret lagi warkah buatmu.
Doakan aku agar tidak jemu mengajakmu 'kembali'.

Sayangku,
Kau permata adDiin.
Kau bakal penegak panjiNya suatu saat nanti.
Oleh itu, aku mohon padamu.
Jagalah kesucian hatimu.
Jangan biar ia dicemari cinta ajnabi.


Sahabat fillahku,
Aku tahu engkau kuat.
Aku tahu engkau punya seribu kunci azimat untuk membuka pintu hidayat.
Namun, kunci itu tidak akan berguna;
Andai kau tidak menyimpannya.
Andai kau membiarkannya bertaburan usai kau berpenat lelah mengutipnya.


Temanku,
Yakinlah dengan cintaNya.
Perjelaskan di hatimu,
Dia itu dekat.
Dia itu hampir.
Dan bahkan Dia lebih hampir dari pembuluh darahmu.
Masihkah belum dapat kau rasakan itu?
Getarnya tatkala Seseorang yang sangat mencintaimu dekat denganmu.


Sayangku,
Cinta Dia sudah terlalu memadai buatmu.
Dan juga buatku.
Sudah terlalu memadai untuk membuat kau berasa cukup.
Kau tak perlukan cinta dari lelaki asing.
Kau tak perlukan perhatian dari lelaki yang belum tentu halal bagimu.
Kerana kau harus sedar;
Aku dan Dia, dan mereka; sahabatmu,
Akan selalu ada untuk mencurahkan kasih buatmu.


Ukhtiku,
Kau harus ingat.
Selangkah engkau mendekatinya, selangkah engkau menjauhiNya.
Masih belum sedarkah engkau,sayangku?
Jangan.
Jangan biarkan dia menjarakkan engkau dengan Penciptamu.
Sucikan hatimu dengan wudhuk,
Bawa ia kembali menghadap Rabbnya.

Sakit kau mencintainya itu sebenarnya adalah kesakitan imanmu yang sedang meninggalkanNya.
Sedarlah sayangku, hatimu itu perlukan Penciptanya.


-Warkah ini juga buat diri aku, yang ketandusan.
Aku ingin kamu, bersamaku dalam mujahadah ini.

No comments:

Post a Comment