Wednesday, May 11, 2011

Wanita Yang Tabah Itu...

Assalamualaikum alls~ =)

Kaifa halukum and hows iman? Alhamdulillah, insyaAllah semoga senantiasa berada di bawah payungan rahmatNya. Asif jiddan sebab lately memang tak berkesempatan untuk meng-update blog ni. Kehidupan sebagai seorang tilmizah ni memang sangat memenatkan dan sampaikan sekarang ni pun, ana sering sangat mengantuk dan even tertidur di dalam class (for most of the time i guess). Dan mungkin kepenatan ini akan bertambah berkali ganda lagi sewaktu minggu imtihan nanti. Allahumma, bantulah hambaMu yang lemah ini dalam setiap hembusan nafasnya T__T

So, dengan keadaan masa yang tak mengizinkan ana untuk membuat posts yang panjang-panjang, ana ingin sekali berkongsi tentang sesuatu bersama antum semua especially to my Khazinatul Asrar's. By the way, Khazinatul Asrar's, ana rindu nak gather dengan antunna semua! Okay sudah-sudah. Ehem ehem, sila tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan ucapkan Alhamdulillah~ And lets start it now =)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dear sahibah, antunna bicara antunna menginginkan rajulun yang soleh sebagai pendamping antunna kelak. Namun, adakah antunna mencuba untuk menjadi seorang wanita solehah; yang cocok untuk berdamping dengan rajulun soleh itu? Mungkin, mungkin majoriti akan menjawab 'Ya'. Namun, adakah kalam antunna seiring dengan amal? Jadi, sebelum antunna dan ana ingin menjadi wanita yang solehah. Kita haruslah mempersiapkan diri kita dahulu untuk menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Bukan cuma melalui fizikalnya, namun rohani yang paling penting =) Hmmm dan wanita yang tabah itu adalah wanita yang;

~> Melukis kekuatan melalui masalahnya. 

~>Tersenyum di saat tertekan.
~>Tertawa di saat hati sedang menangis.
~>Tabah di saat terhina.
~>Mempersona dengan memaafkan.
~>Mengasihi tanpa meminta balasan.
~>Bertahajud di sepertiga malam; memohon kekuatan daripadaNya.
~>Mampu menahan pandangannya.

Okay, cuma itu yang dapat ana senaraikan. Actually, memang ada banyak lagi ciri-ciri seorang wanita yang tabah =) Namun, kita cuba sedikit demi sedikit okay? Yang penting istiqamah! Kerana Allah itu suka pada hamba yang melakukan sedikit demi sedik namun istiqamah daripada hamba yang melakukan sesuatu amal sekaligus namun tidak kekal. Jadi, ana rasa itu sahaja pengisian buat post kali ini. Im going to have my riadah with my cousin kejap lagi; jogging around neighbourhood hehe =) Maaf ya kalau lepas ni masih lagi jarang-jarang update. Salam sayang buat semua readers, semoga dalam jagaanNya sentiasa.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment