Saturday, May 28, 2011

.. Kerana Aku Takut Kamu Terfitnah~

Kadang - kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan kerana dia membenci kamu.
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu.

Tapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tidak mahu ‘merosakkan’ kamu.
Dan yang paling penting,
Kerana dia tidak mahu menjadi fitnah bagi kamu.

[Credits; Tumblr'ians]

***

Ya Allah,
Di atas segala kekuasaan yang Engkau miliki;
Engkau mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kami. 
Pasti Engkau tahu betapa terlukanya hambaMu ini;
Melihat dia berlagak biasa,
Sedang hambaMu ini tidak mampu berbuat apa-apa.

Ya Allah,
Berilah kekuatan pada dia,
Semoga dibalik semua ini akan menguatkan dia,
Biar semua ini menjarakkan mereka,
Namun jangan sampai semua ini;
Menjarakkan dia dariMu.
Membuat dia berjauh dariMu.
Dan membuat dia berburuk sangka padaMu.

Jangan, ya Allah.
Jangan~

Aku mohon,
Peliharalah kami,
Peliharalah diri kami,
Dan peliharalah qalbu kami,
Semoga tetap dalam lindunganMu.
Kerana sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik penjaga.

Amin ya Rabbal 'alamin~ =)

''Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang'' -Yusuf;64-

No comments:

Post a Comment