Wednesday, March 16, 2011

Kisah Cinta Seorang Mujahidah =)


Salam ukhwah ya sodiki =') haish, ana ni. tiap tiap hari update? hadoi, melekat naa ^^, oh ya oh ya. ana nak bawak antum semua melayari sebuah kisah cinta ana. nak tak? hha kalau tak nak pun, sila baca jugak~ okay? hik3 =)
********

Disini bermulanya kisah hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama kalian =)
perjalanan cinta yang ingin saya kongsikan~

Kisah ni terjadi bila seorang dari sahabat saya membina masjid.. Dalam kata lain menamatkan zaman bujangnya, rasa gembira ini tidak mampu disembunyikan. Alhamdulillah pertemuan mereka melalui orang perantara. Alhamdulillah saya sebagai sahabatnya datang utk memenuhi undangannya sebagaimana sabda Nabi Muhammad ;

Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. jika dia sedang berpuasa (sunat), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. jika dia tidak berpuasa, maka makanlah. (muslim)

Masa memberi salam tahniah.. Dia sempat berbisik
 "Ukht bila lagi? Ini juga satu ibadah, perkara baik sebaiknya kita segerakan"
aku hanya tersenyum. hmmmmmm~


Sekali lagi undangan perkahwinan datang.. Sahabat saya juga^^
tapi kali ini pasangannya orang cina 
(saja ckp org cina sbb muka dlm gmbar ni mcm cina. hehehe)
Alhamdulillah, lelaki ni mualaf. Sudah dua tahun memeluk Agama Islam.
Nak tahu, dia dah pun pandai baca Al-Quran :) Mungkin lebih fasih dari kita yang memang sejak azali Islam hhi~


bisikan yang sama menjadi halwa telingaku. sabar je lah~




Tak lama selepas tu, saya dapat lagi kad undangan perkahwinan seorang lagi sahabat saya, muda setahun dari saya. Jodohnya awal hee ^^,

sekali lagi bisikan itu menjadi makanan telinga saya..
"ukht bila lagi? ini juga satu ibadah. perkara baik sebaiknya kita segerakan. minta tolong la ustaz atau ustazah carikan~"

kali ini, hati betul2 rasa seperti.. entah la, kita sendiri fikir k? hehe :p


lepas tu~ tiba-tiba, ustazah yang memang rapat dengan saya mengejutkan saya dgn sebuah perkhabaran. ada seorang akh yang mahu menjadikan saya ni sebagai sayap kirinya dalam perjuangan menegakkan syiar Islam ^^,
gambar ni la calon yang ustazah katakan. saja bagi besar sikit. biar nampak lagi jelas.. hensem dak? =)

"ana tidak mengenalinya ustazah. tapi ana percaya bahawa ustazah tidak akan menyerahkan ana pada pendamping yang tidak beragama. bukan ana nak memilih, tapi ana ni sangat memerlukan imam yang mampu membimbing ana. insyaAllah kalau dia jodoh ana, ana redha :)"

ustazah hanya tersenyum~ :)

 Berita ni saya khabarkan kepada mak sebab ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. nak hadis tu? kejap na~~

Rasulullah s.a.w bersabda "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" at'tirmizi.

Nak bagi tahu pun mestilah romantik sikit. bagi special sikit. baru baik punya. mak paling suka bunga, saya pun bagi la bunga kat mak saya. bukan nak rasuah tau :p


Malam tu saya buat solat istikharah. banyak kali saya buat istikharah. Walaupun tak pernah nampak muka dia, saya rasa macam ada sesuatu. rasa macam nak terima je. tapi saya tak layan perasaan tu, takut perasaan tu dari syaitan. saya berdoa lagi. doa yang diajar oleh sahabatku ^_^

"ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku,duniaku dan akhiratku. maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan. tetapi ya Allah seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku, duniaku dan akhiratku. maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan ISLAM"







 Alhamdulillah ^^ Akhirnya saya memilih dia untuk menjadi pelengkap sebahagian lagi iman saya. semoga dengan terbinanya hubungan halal ini, menjadi saham buat akhirat saya. Berkasih selepas nikah hik3 =')







untuk hari istimewa ni, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar. saja je, suka-suka tangkap gambar. nanti 5 tahun akan datang, pasti gambar tu jadi kenangan terindah ^^,


masa ini kami sedang menikmati bulan madu ^_^
cantikkan tempat ni? Magic World~
saya suggest kat korang, mai la tempat ni. tempat ni ala-ala istana Cinderella. kalau tak percaya, tengok latar tempat ni. pokok kacang dalam cerita Jack dan kacang ajaib pun ada. pasal tu lah nama tempat ni Magic World~ <3





Kami masih lagi menikmat bulan madu hik3. hari-hari makan dan minum madu kot ^^,
"sayang nak bermadukah?" usik zauji pada saya. lepas tu saya buat-buat merajuk. Ambil contoh Ummul Mukminin Aisyah r.ha yang merajuk kepada Rasulullah SAW agar bertambah disayangi hehe :)










waktu zauji nak dekat dengan saya, saya bergurau
"kalau kanda nak dekat, kanda kena lawan dinda dulu"

haiyyakkk*_*. hhihi~





 lepas tu, saya keluarkan panah..

"kanda jangan takut. dinda tak panah kanda. dinda nak ambil sunnah Rasulullah bermain panah. jom kanda temankan dinda"

wink wink ;)

iklan sebentar, tett =D
seronok tak cerita ana ni?
bosan? -.-
Jom kita zikir dulu hik3.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar~

ha, jom sambung balik =)





Alhamdulillah, kitorang dah balik dari bulan madu. tak sangka pula usia pernikahan kami dah mencecah 7 bulan.

Allahu Allahu Allahu~



-Allahu ni lirik lagu tau. alaa lagu yang versi india tu. mungkin tu pasal tangan saya macam tu ^^




 Eh kenapa muka saya lain macam ni??

Alhamdulillah, saya dah mengandung 2 bulan~
pembawaan bayi kot ^^,



 inilah bayi pertama kami. comeeei kan? ^_^
(ye,sayatahuu)
nak bagi nama apa ye?
tolong cadangkan nama untuk bayi ni boleh? :')



Alhamdulillah.. bertambah lagi ulama dalam keluarga kami. semoga anak-anak ini bakal menjadi sehebat Al-Fateh!

"awat muka cek nampak lebaq. cek dah gemuk naa??"

^^ dah ketandusan idea ni ^^





Dan bertambah lagi keluarga saya. Bayi yang kedua tu sebenarnya perempuan. Same goes to the third child. Ni anak-anak saya, ni ambil perangai umi dan abi dialah ni. Fotogenik (ker fotogenetik? Apa ya istilahnya). Tengok tu! Mak haih! Posing sakan mereka! ( :P )





Meramaikan umat di muka bumi adalah galakan nabi. Hehe. Bayi kami bertambah. Namun saya pelik, bayi saya yg baru mesti sama dengan bayi sebelum-sebelum ni. Baju pun sama! Apa kes?! 

perasan tak? hikhikhik~ ^_^




  
Suatu hari saya menangis. saya beritahu yang saya ni ada penyakit kronik~ saya minta maaf sebab merahsiakan daripada zauji. zauji memujuk saya agar tidak bersedih. Lantas saya berkata sesuatu kepadanya, yang membuat zauji terkejut! T__T

"Abang kahwinlah satu lagi. Sayang sanggup dimadukan. Lagipun sayang nak anak-anak kita dijaga oleh sepasang suami isteri yang bahagia."


 


Saya pun bagi sekeping gambar kepadanya. Salah seorang muslimah di dalam foto itu merupakan bakal zawjah kedua zauji saya.

"Abang, kalau seseorang wanita itu menolak poligami, sesungguhnya wanita itu menggalakkan perbuatan zina. Sayang tak mahu menolak poligami dan menggalak 
zina."





Akhirnya, zauji saya berkahwin dengan zawjah kedua. saya sungguh gembira. Awan-awan berbentuk love itu muncul lagi! jamilah right? ^.^

hehehe~~~ :D




Saya pun pergi meninggalkan dia. pergi buat selamanya. saya sedang menantimu di pintu syurga kanda. (layakkah aku masuk syurga? Rabbi T_T)

Zawjah kedua tu membuat sebuah novel khas memperingati pengorbanan zawjah pertama (saya). Tajuk novel itu Birunya Langit Cinta.






Oleh kerana sambutan yang memberansangkan, zawjah kedua membuat novel sambungan yang bertajuk Merah Jambunya Awan Kasih~
shoo swiit ^_^





Zawjah kedua juga selalu berhias untuk zauji. Pesanan daripada zawjah pertama (saya)
Malah dia mengenakan purdah jika di luar rumah. Sungguh cantik! =')





Dan mereka hidup bahagia selama-lamanya dgn izinNya ^_^



 TAMAAATTTTT =D

OKAY ^^, cerita ni diubah suai sikit taww~ credits kpd pemilik asal cerita ni. hik3. so, apa komen antum semua? bukankah hiburan sebegini lebih baik dari hiburan lagu & semua tu? hmm, hiburan yg membuat kita tersenyum shweet shweet sambil mengingati Allah kan? okay, sila bagi komen kalauu rajin~ ana pergi seketika ye; harus prepare untuk buka sekolah nanti. ahlan wasahlan 2A1 ke class baru yg ana sendiri x tengok lagi bagaimana rupanya. harap harap selesa la, k. assalamualaikum, all =)

5 comments:

  1. very sweet.
    terselit gop unsur klako.
    kuikui~
    keep it up.
    kak fifi walaupun blog posts memang dok islamik lasowng T.T , menyokong mira dari belakang.
    huehue ~

    weet weet ~

    ReplyDelete
  2. hihi. time kacehh kak fifi =)

    ReplyDelete
  3. aw, syukran ^^, sayaaang ukht~ hik3 *amik hati* hmm, kalu awk wak. lagi beshhh. awk kan the best cutee little author :D

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum..lagu apa ni?boleh tau tak

    ReplyDelete