Bertambah perit apabila dilanda gelora,
Diri menunduk menongkah badai,
Dan ku lihat sinar di sana~
Diri yang lemah ini juga hajat sangat doa darimu wahai mujahidah solehah. Walaupun kita jauh tapi Allah tautkan hati-hati kita, agar menjadi qudwah pelebar agama yang diredhaiNya. Wahai sahabat, jika engkau memandang segalanya adalah drpd Allah; yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakitnya hatimu, yg membuat keinginanmu terhalang, yg menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu~ Kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya terhadapmu utk sesuatu yang sia-sia? Bukan Allah tak tahu deritamu, tp mungkin itulah yang Dia mahu; mungkin utk menguji sedalam mana cintamu terhadapNya.
Mesej itu ana tatap. Hiba. Terharu ='(
Ana menjadi penasaran. Terasa sungguh Allah masih mengingati ana dengan kurniaan para sahibah yang subhanallah! Hebat-hebat belaka. Malahan ana tidak sanggup berfikir akan kehilangan mereka, tidak sanggup. Sedih mereka, sedih ana jua. Gembira mereka, gembira ana jua~
Di saat ujian yang besar menimpa diri ini, para sahibah tidak putus-putus menghantar mesej memberi kekuatan. Memberi mesej agar ana bertenang. Mereka tidak pernah berubah, menegur ana tatkala ana silap, menjadi tongkat bagi ana yang lemah dan menjadi cahaya tatkala ana berada di dalam kegelapan..
Para sahibahku~ Ketahuilah ana amat menyayangi kalian. Teramat sayang kerana Allah. Benarlah, berukhwah kerana Allah itu terlalu indah, saangat indah.
Terima kasih ya Allah~~ T__T
*****
Rabbi~~
Saat ini, aku duduk termangu.
Saat ini, aku duduk termangu.
Merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu.
Aku merasa malu ya Allah, malu kerana jiwa ini bergetar, kaki ini goyah tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa 'AKU CINTA KEPADAMU'.
Tapi ya Allah..
Tapi ya Allah..
Baru sedikit ingin Kau uji cinta ini, aku sudah terjelepok, menangis, merintih.
Ingin mengalah~
Diri ini terasa lemah, sedangkan Engkau sentiasa di sisi..
Bahkan Engkau lebih dekat dari pembuluh darahku~
Ya Muhaimin..
Ya Muhaimin..
Aku sedar, aku pasrah.
Krn setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku.
Sudah Engkau janjikan hikmah di sebalik kejadian,
Cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah untuk membasahkan hatiku yang dilanda kemarau~
Dan kadangkala ya Allah~
Dan kadangkala ya Allah~
Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat ini, akan ada pelangi yang menanti.
Ya Allah, Dengarlah rintihanku ini..
Ya Allah, Dengarlah rintihanku ini..
Selitkan secebis ketabahan Siti Hajar,
Selitkan sedikit kesabaran Siti Fatimah,
Selitkan jua redha Rabiatul Adawiyyah,
Cekalkan hatiku secekal Sumayyah,
Sucikan diriku sesuci Maryam,
Kerana ya Rabbi, aku gentar andai cintaMu hilang~~
Kerana aku,
terlalu mencintaiMu~
Kerana aku,
terlalu mencintaiMu~
Aku yakin bahawa Engkau bersamaku Allah,
Tunjuki aku cahaya itu,
Agar aku bisa menggapainya,
Mendakapnya penuh erat~
No comments:
Post a Comment