Ketika bibirmu tersenyum,
Hatimu pula bagaimana?
Ana tidak tahu mahu menaip apa, sejujurnya, ana dirundung kesedihan. Mungkin ini semua adalah ujian dari Allah. Tapi ana sedar, sesedih mana ana sekali pun, pasti ada sahabat yang lebih sedih dari ana, kan?
Mereka kata.. Ana benar-benar pandai menyembunyikan kesedihan, ketawa tatkala hati terluka, tersenyum tatkala mata dipenuhi air. Entah, ana tidak tahu.

Tunjukkan pada ana satu manusia yang tidak pernah merasa sedih dalam hidupnya. Lihatkan pada ana, satu manusia yang tidak langsung pernah menangis. Hakikatnya, kita sudah menangis sejurus selepas kita keluar dari rahim ibu~
Hati yang tidak dibasahkan dengan air mata bakal menjadi kering kontang dan tidak lagi basah mengingati Allah. Hati yang selalu menerima ujian dari-Nya, bakal menjadi sangat tabah sehingga mampu tersenyum tatkala ujian menimpa pada masa akan datang, maka doakan agar ana menjadi seorang hamba yang sabar,tabah serta menyedari hakikat bahawa ana ini hanyalah seorang hamba, yang dahulunya tercipta dari setitis air yang hina.
Ana pengkagum manusia itu~
Tetap tersenyum biarpun dihina,
Tetap berlembut biarpun dikasari,
Tetap bersabar biar sebenar mana ujian menghampiri..
Ana pengkagum manusia itu~
Tutur katanya berhemah,
Menghilangkan air di mata yang sedang basah,
Melembutkan hati yang sedang gelisah..
Ana pengkagum manusia itu~
Tidak pernah mengeluh malah sentiasa merendah diri,
Katanya "Salahkah andai aku ingin menjadi seorang hamba yang mensyukuri?"
Kaki bengkak tangis mengiasi,
Kepada Allah mengabdi diri.
Ana pengkagum manusia itu~
Berjiwa kebal, berhati kental,
Tetap bersabar biarpun derita..
Ana ingin menjadi sepertinya.. Layakkah ana, menjadi seperti sebentuk figur itu? Rasulullah, aku merinduimu T__T
Kepada para sahabat yang juga sedang bersedih; Mari kita renung kembali ayat ini;
Sesungguhnya Allah itu sangat baik dan tidak pernah menzalimi kita, bahkan kita yang sering menzalimi diri kita sendiri sama ada sedar atau pun tidak~~
Jadi mari kita kembali merenung ke dalam diri, menilai sekeping hati insani yang dikurniakan Ilahi. Jika dipenuhi debu kekotoran, maka air mata pergantungan kepada Allah lah pembersihnya.
Jika insan lain melukakanmu, maka berilah kemaafan, kerana itu adalah sebaik-baik balasan. Maafkanlah, sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya :)
Menangislah, andai itu mampu menenangkanmu, tetapi ketahuilah,menangis kepada Allah adalah sebaik-baik tangisan..
Rabbi, tabahkanlah hati ini. kuatkanlah hati ini untuk terus bermujahadah. sinarilah nur & hidayahMu ke dlm qalbuku sbg mana Engkau menyinari bumi ini dgn mentariMu.Inna, aku tidak mampu berdiri tanpaMu, ya Ilahi~~ T__T

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)
Sesungguhnya Allah itu sangat baik dan tidak pernah menzalimi kita, bahkan kita yang sering menzalimi diri kita sendiri sama ada sedar atau pun tidak~~
Jadi mari kita kembali merenung ke dalam diri, menilai sekeping hati insani yang dikurniakan Ilahi. Jika dipenuhi debu kekotoran, maka air mata pergantungan kepada Allah lah pembersihnya.
Jika insan lain melukakanmu, maka berilah kemaafan, kerana itu adalah sebaik-baik balasan. Maafkanlah, sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya :)
Menangislah, andai itu mampu menenangkanmu, tetapi ketahuilah,menangis kepada Allah adalah sebaik-baik tangisan..
Rabbi, tabahkanlah hati ini. kuatkanlah hati ini untuk terus bermujahadah. sinarilah nur & hidayahMu ke dlm qalbuku sbg mana Engkau menyinari bumi ini dgn mentariMu.Inna, aku tidak mampu berdiri tanpaMu, ya Ilahi~~ T__T
No comments:
Post a Comment