Monday, May 30, 2011

Aku Ingin Menjadi Perempuan Itu~

Bismillahirrahmanirrahim; Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih~ Ya Allah izinkan aku untuk menjadi seperti wanita ini [credits;Iluvislam] ;

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah, pasti MERANA..
 
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee Jallallah. Maa fee qalbee ghairullah.Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. 

Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku
.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan bila mahu bertemu kekasihnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.

Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis.

Aku mahu seperti Rabi'atul-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku.. Aku menangis lagi~

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. 

Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.


"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]

Sunday, May 29, 2011

#Monolog Fi Ssobah

 Jangan sekadar di bibir sahaja kalian bicara inginkan syurga.
Apakah kalian fikir dengan bergelimpangan maksiat seperti ini, 
Kalian mampu ke syurga?
Ya, kalian bilang kalian tahu jalan ke syurga itu penuh kesusahan.
Tapi, adakah dengan kesombongan kalian untuk tidak ingin merasakan kesusahan itu berbaloi dengan ucapan kalian?
Buktikanlah.
Buktikanlah kalam kalian.
Kerana bicara tanpa amal tidak akan mampu untuk membantu kalian menuju ke Sana.

Saturday, May 28, 2011

.. Kerana Aku Takut Kamu Terfitnah~

Kadang - kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan kerana dia membenci kamu.
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu.

Tapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tidak mahu ‘merosakkan’ kamu.
Dan yang paling penting,
Kerana dia tidak mahu menjadi fitnah bagi kamu.

[Credits; Tumblr'ians]

***

Ya Allah,
Di atas segala kekuasaan yang Engkau miliki;
Engkau mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kami. 
Pasti Engkau tahu betapa terlukanya hambaMu ini;
Melihat dia berlagak biasa,
Sedang hambaMu ini tidak mampu berbuat apa-apa.

Ya Allah,
Berilah kekuatan pada dia,
Semoga dibalik semua ini akan menguatkan dia,
Biar semua ini menjarakkan mereka,
Namun jangan sampai semua ini;
Menjarakkan dia dariMu.
Membuat dia berjauh dariMu.
Dan membuat dia berburuk sangka padaMu.

Jangan, ya Allah.
Jangan~

Aku mohon,
Peliharalah kami,
Peliharalah diri kami,
Dan peliharalah qalbu kami,
Semoga tetap dalam lindunganMu.
Kerana sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik penjaga.

Amin ya Rabbal 'alamin~ =)

''Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang'' -Yusuf;64-

Thursday, May 26, 2011

DIA; Pembakar Semangatku Yang Kian Malap.

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap;
Yang nyawaku di dalam tanganNya.
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.
Pelindung yang paling kuat.


Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.
Pendengar yang paling setia.


Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Ya, kerana;
Setiap gerak-geri makhlukNya berada di dalam perhatianNya.
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dialah penemanku di mana saja.
Peneman yang tidak pernah meninggalkan aku sendiri.


Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia; cukuplah Dia.
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.


Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya.
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

Thursday, May 19, 2011

When I Suddenly Think Of Her~


And also, when i suddenly think of you, i will say; astaghfirullah. It is not because i hate you, But it is because i love you; that i don't want even my mind touch you as it is haram for us. And sometimes, we just have to love in a distance for a better hijab to our hearts. Menjaga hati; itu misi yang paling penting bagi aku sekarang~ =)

Tuesday, May 17, 2011

#Away Awhile

Salam buat semua~ =)
First of all, syukran jazilan for my new followers and visitors.
Semoga mendapat ibrah dari blog ini~
Dan untuk pengetahuan semua;
Dalam minggu imtihan ini, ana akan tinggalkan dunia berblogging ini untuk sementara waktu.
Dan mungkin cuma status blog ini je kot yang akan ana updatekan, insyaAllah.
I need to focus on my studies,i guess huu~
So, jangan lupa doakan kejayaan ana.
Dan untuk semua, bittaufiq wa najjah fil imtihan & jangan lupa jugak, Allah itu sentiasa bersama kita! =)

Sunday, May 15, 2011

Saya Kecewa Dengan Awak~

Assalamualaikum semua~ =) InsyaAllah hari ini, ana nak share sebuah nukilan seorang hamba Allah yang dijamin 5 bintang tahap keBESTannya. hhiks ehem ehem*. Well, nukilan ini bagi ana sangat menusuk qalbu. So, jom kita hayati nukilan ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim~ =)
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Salam awak..
Awak, semalam saya mimpi pasal awak.
Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu. Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..
Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu~

Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak. Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang 'takleh blah' kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak.

Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu. huhu.

Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak nampak kekok antara awak & abang awak mesra.

Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni..

''Janganlah abang..ayang segan la..nanti-nanti la..''

Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli. Saya kecewa dengan awak.

Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la.

Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak.

Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak.

Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak.

Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye.

Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak.

K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D

Salam tulus ingatan,
Saya Hamba Allah.
Any comments? Hehe. So, girls. Peliharalah harga diri antunna. Pedulikan lelaki yang melabel antunna semua 'jual mahal', 'sombong' dll. Cause yeah, antunna semua memang mahal! Terlalu mahal untuk 'menjadi murah' buat kaum ajnabi. Sedangkan sekuntum senyuman antunna itu pun sudah terlalu cukup tidak layak untuk diberikan kepada seseorang ajnabi, apatah lagi merelakan aurat terdedah dan diri dipegang sewenang-wenangnya. So girls, soal balik diri kita. Di mana posisi Allah dalam hati kita? Lupakah kita Allah itu sentiasa memerhati gerak geri kita sampaikan tidak ada sekelumit pun rasa malu di hati kita untuk melakukan maksiat? Sama-sama kita muhasabah diri kita balik & ingatlah, harga sekuntum mawar di taman larangan tidak dapat dibayar dengan harga berkuntum-kuntum mawar di pinggir jalanan~ Ana, enti dan antunna; kita berukhwah di atas nama Islam, jadi bagi ana ini satu kewajipan untuk beramar maaruf nahi mungkar. Akhirul kalam, ana saayang antunna semua dan antunna pun sayang diri antunna sendiri kan? So lets take care of our iman and hijab! =)
p/s; wah, indahnye dunia kalau my future mr.zauji mempunyai iman seteguh hamba Allah dlm nukilan di atas wink wink^__~

Thursday, May 12, 2011

Awak, Pernah Tak...?

Pernah tak,
Awak rasa satu keadaan di mana;
Awak nak tengok semua orang di sekeliling awak bahagia.
Walaupun hati awak perit,
Awak bangkit, awak lawan.
Semata-semata sebab awak sayangkan orang sekeliling awak.
Dan awak nak tengok mereka tersenyum;
Walau hati awak sendiri merintih.
Awak,
Saya pernah rasa apa yang awak rasa.
Memang perit,
Tapi awak harus tahu satu perkara.
Bukan semua orang akan menghargai pengorbanan kita.
Dan pengorbanan yang kita lakukan, 
Haruslah diaamalkan tanpa mengharapkan balasan.
Perit itu memang; Perit itu kenyataan.
Tapi 'DIA' tahu pengorbanan awak, sayang.
Kalau sekarang awak tak rasa lagi balasan atas pengorbanan awak itu,
Mungkin dekat 'sana' nanti, awak akan dapat lebih.  


***
Awak,
Pernah tak,
Bila awak buat semua tu,
Awak rasa macam tiada orang yang menghargainya?
Dan kadang-kadang awak merasai suatu perasaan;
Rasa macam awak penat.
Teramat penat sebab cuma awak yang berkorban.
Berkorban untuk menimbulkan rasa kasih sayang itu.
Tapi, orang lain tak mencuba; even sedikit pengorbanan sekalipun.
Ya, awak.
Saya pernah rasa bagaimana kecewanya hati kita bila orang tak appreciate pengorbanan kita.
Tapi, saya ingatkan diri saya.
Saya muhasabah balik; flashback balik.
Mungkin inilah balasannya atas apa yang saya buat dahulu dekat 'DIA'.
'DIA' sangaaat baik dan teraaamat baik dengan saya dan awak sekalipun,
Tapi, sayang; saya tak appreciate kebaikan 'DIA'.
Dan mungkin, begitulah peritnya; 
Memberi tanpa dihargai.
Cuma perbezaannya; kelalaian kita tak merugikan 'DIA'.


***
Pernah tak,
Awak rasa macam awak nak tinggalkan semua orang.
Awak nak lari ke suatu tempat;
Di mana tak akan ada seorang pun yang akan menemui awak.
Awak rasa macam tak nak kembali lagi.
Sebab awak memang dah teramat penat;
Penat dengan manusia sekeliling awak yang terlampau egois.
Terlampau mementingkan perasaan sendiri.
Hmmm, pernah jugak.
Tapi kalau fikir-fikir balik.
Kalau saya lari, nampak macam saya pulak yang egois.
Kenapa saya nak lari, nak tinggalkan mereka?
Sebab, saya yakin walau dari seribu orang yang tak pernah pedulikan saya tu.
Masih ada yang menyayangi saya.
Ya, saya ada 'DIA'.
Dan 'DIA' pun ada untuk awak.

***  
Dan pernah tak,
Awak rasa macam awak cuma perlukan seseorang;
Seseorang yang akan sentiasa dapat mendengar curahat awak?
Yang akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu awak bangkit.
Tapi, awak tak pernah jumpa.
Dan kalau awak jumpa sekalipun,
Orang itu tak akan dapat sentiasa bersama awak all the time.

Awak,
Hati saya pedih,
Hati saya perit,
Hati saya merintih.
Tapi, saya tak tahu nak mengadu dekat siapa.
Siapa yang benar-benar setia untuk saya, awak?
Awak,
Tolonglah saya.

Of course pernah, 
Tipu kalau tak pernah.
Tapi, awak. Itu dahulu.
Sekarang, saya dah jumpa 'SESEORANG' saya tu.
Awak,
'DIA' tak pernah mengecewakan saya, awak tahu?
Hati saya yang retak tu pun, alhamdulillah.
Bila saya serahkan pada 'DIA', 'DIA' renew balik.
Hati saya dah kembali pulih.
Dan awak harus tahu,
'DIA' juga ada untuk awak.
Hmm, saya rasa awak dah tahu kot siapa 'DIA'.

Ya, tekaan awak mengenai sasaran.
'DIA' itu our Rabbuna, our Khaliq, my dear.

Awak serahkanlah hati awak pada Dia.
Jangan lupa, awak kena sentiasa berdoa pada Dia.
Sebab melalui doa itulah, awak berbicara secara langsung dengan Dia.
Dan ya la, takkan awak je yang nak cakap kan?
So, kalau awak nak Dia berinteraksi jugak dengan awak.
Awak kenalah baca kalamNya;
Ayat-ayat cinta dariNya lah katakan~ =)
Dan jangan lupa,
Mohonlah agar Dia sentiasa bersama awak dalam setiap hembusan nafas awak.
Sebab awak dan saya, takkan pernah mampu berdiri tanpa bantuan Dia~ =)

-Well, awak; saya akan sentiasa rasa apa yang awak rasa, sebab awak ialah saya dan saya ialah awak.

Wednesday, May 11, 2011

Wanita Yang Tabah Itu...

Assalamualaikum alls~ =)

Kaifa halukum and hows iman? Alhamdulillah, insyaAllah semoga senantiasa berada di bawah payungan rahmatNya. Asif jiddan sebab lately memang tak berkesempatan untuk meng-update blog ni. Kehidupan sebagai seorang tilmizah ni memang sangat memenatkan dan sampaikan sekarang ni pun, ana sering sangat mengantuk dan even tertidur di dalam class (for most of the time i guess). Dan mungkin kepenatan ini akan bertambah berkali ganda lagi sewaktu minggu imtihan nanti. Allahumma, bantulah hambaMu yang lemah ini dalam setiap hembusan nafasnya T__T

So, dengan keadaan masa yang tak mengizinkan ana untuk membuat posts yang panjang-panjang, ana ingin sekali berkongsi tentang sesuatu bersama antum semua especially to my Khazinatul Asrar's. By the way, Khazinatul Asrar's, ana rindu nak gather dengan antunna semua! Okay sudah-sudah. Ehem ehem, sila tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan ucapkan Alhamdulillah~ And lets start it now =)

Bismillahirrahmanirrahim.

Dear sahibah, antunna bicara antunna menginginkan rajulun yang soleh sebagai pendamping antunna kelak. Namun, adakah antunna mencuba untuk menjadi seorang wanita solehah; yang cocok untuk berdamping dengan rajulun soleh itu? Mungkin, mungkin majoriti akan menjawab 'Ya'. Namun, adakah kalam antunna seiring dengan amal? Jadi, sebelum antunna dan ana ingin menjadi wanita yang solehah. Kita haruslah mempersiapkan diri kita dahulu untuk menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Bukan cuma melalui fizikalnya, namun rohani yang paling penting =) Hmmm dan wanita yang tabah itu adalah wanita yang;

~> Melukis kekuatan melalui masalahnya. 

~>Tersenyum di saat tertekan.
~>Tertawa di saat hati sedang menangis.
~>Tabah di saat terhina.
~>Mempersona dengan memaafkan.
~>Mengasihi tanpa meminta balasan.
~>Bertahajud di sepertiga malam; memohon kekuatan daripadaNya.
~>Mampu menahan pandangannya.

Okay, cuma itu yang dapat ana senaraikan. Actually, memang ada banyak lagi ciri-ciri seorang wanita yang tabah =) Namun, kita cuba sedikit demi sedikit okay? Yang penting istiqamah! Kerana Allah itu suka pada hamba yang melakukan sedikit demi sedik namun istiqamah daripada hamba yang melakukan sesuatu amal sekaligus namun tidak kekal. Jadi, ana rasa itu sahaja pengisian buat post kali ini. Im going to have my riadah with my cousin kejap lagi; jogging around neighbourhood hehe =) Maaf ya kalau lepas ni masih lagi jarang-jarang update. Salam sayang buat semua readers, semoga dalam jagaanNya sentiasa.


Wallahu'alam.

Saturday, May 7, 2011

Saya Blogger Muslimah~

Assalamualaikum readers =) Okay short post lagi, BARANGKALI. Tapi insyaAllah, kalau rajin ana akan post two posts for today. Asif kalau tak sempat post hari ini sebab ana agak penat sebab ada kelas ganti hari ini dekat sekolah. So, for this; I've been tagged by Ukhti Aishah~ First time layan orang tagged sebab rasa excited sikit ^^,

[credits here]

And ana nak tag;
I-Enti.
II-Antum.

So, sebagai pengisian of the post, kepada sahibah-sahibah yang sedang berduka & diri ini juga; 

Ingatlah, Allahlah yang memegang hati itu. Andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang penyembuhnya, agar Dia titipkan penawar bisa. Andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang pelindungnya, agar Dia usirkan segala duka. Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang pengampunnya, agar Dia bersihkan debu noda. Andai hati itu gundah gulana, ingatkan ia tentang pentadbirnya, agar Dia hembuskan tenang ke dada. Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi. Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan. Dan ingatlah kerana status kita ini sebagai seorang hambalah, maka memang pantas kita diuji ♥ =)


Wallahu'alam.

Friday, May 6, 2011

Mengintip Tirai Kembali =)

Salam penuh kerinduan buat semua~ =)
 
Bismillahirrahmanirrahim;
 
Kaifa halukum ya sodiki? Alhamdulillah, all praises to Him kerana masih memberi diri ini dan kalian udara untuk bernafas sekaligus masih dapat menambah bekalan buat menuju destinasi abadi kita iaitu akhirat. Sangat penyayang Dia, bukan? =) Hmm, anyway this is a short post actually; to tell you guys that i'm back publicing this blog. Sejujurnya, ana rindu untuk bertinta di sini. Teramat rindu. Dan sepanjang mengprivasikan blog ini, bermacam-macam ujian@nikmat berlaku kepada diri ini. So, insyaAllah jika ada kelapangan, ana ingin kongsikan suatu kisah bersama kalian yang masih setia dengan blog usang yang sudah kembali diubah-suai ini~ Ya, semakin simple. Banyak gadgets lama yang telah dibuang untuk pembaharuan. Andai sahaja qalbi ini mampu untuk berlaku sebegitu rupa; Tapi insyaAllah ia dalam perubahan untuk belajar membuang yang keruh, doakan =) So, Wan Nur Amira; selamat bertinta kembali dan semoga tinta enti itu sedikit sebanyak akan dapat membantu timbangan neraca kanan di 'sana' kelak~ =)
 
Wallahu'alam.

Kamu~

Jauh di sudut qalbi yang paling dalam,
Aku sentiasa berdoa agar kamu berubah.
Dan ya, 
segala puji-pujian bagi Dzat yang membolak-balikkan hati;
kerana telah mengabulkan permintaanku ini.
Semoga kamu & aku;
kita sama-sama dapat beristiqamah dalam mujahadah mencari cintaNya.
Kamu, aku doakan sentiasa, insyaAllah.