Tuesday, March 29, 2011

astaghfirullah~

Ampunkan aku ya Allah~
andai aku terpaksa membohongi perasaan ini;
di saat hati aku sendiri sedang berbalut luka~
aku tetap harus berpura-pura di hadapan 'mereka'.
aku tetap harus tersenyum di hadapan mereka,
walau kenyataannya hati ini merintih ya Rabbi T___T


aku tahu mereka di luar sana masih mempunyai beban masalah yg lebih berat dari aku,
lalu. pantaskah aku untuk mengeluh?
pantaskah aku untuk menunjukkan kesedihan ini?

sodiki, maafkan ana andai terkadang ana hipokrit T__T
maafkan ana kerana terkadang apa yg dinasihatkan ana itu langsung tidak diperlakukan~




er, im so dowwwwnnnnnn. tearss falling; sama lebat macam hujan harini T_______T k, WNA. awaaaaaakk kena kuaaaatttttt!!

Sunday, March 27, 2011

T__T

1) STOP.
2) Fight back the tears.
3) Stand up and walk.
4) Fake a smile. 


Rabbi, 
yakinkan aku ini satu tarbiyyah dariMu untuk menguji takat keimananku~ =(

Thursday, March 24, 2011

Sabar, aku merinduimu T__T

Perit sungguh ujian yang melanda,
Bertambah perit apabila dilanda gelora,
Diri menunduk menongkah badai,
Dan ku lihat sinar di sana~


Diri yang lemah ini juga hajat sangat doa darimu wahai mujahidah solehah. Walaupun kita jauh tapi Allah tautkan hati-hati kita, agar menjadi qudwah pelebar agama yang diredhaiNya. Wahai sahabat, jika engkau memandang segalanya adalah drpd Allah; yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakitnya hatimu, yg membuat keinginanmu terhalang, yg menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu~ Kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya terhadapmu utk sesuatu yang sia-sia? Bukan Allah tak tahu deritamu, tp mungkin itulah yang Dia mahu; mungkin utk menguji sedalam mana cintamu terhadapNya.

Mesej itu ana tatap. Hiba. Terharu ='(

Ana menjadi penasaran. Terasa sungguh Allah masih mengingati ana dengan kurniaan para sahibah yang subhanallah! Hebat-hebat belaka. Malahan ana tidak sanggup berfikir akan kehilangan mereka, tidak sanggup. Sedih mereka, sedih ana jua. Gembira mereka, gembira ana jua~

Di saat ujian yang besar menimpa diri ini, para sahibah tidak putus-putus menghantar mesej memberi kekuatan. Memberi mesej agar ana bertenang. Mereka tidak pernah berubah, menegur ana tatkala ana silap, menjadi tongkat bagi ana yang lemah dan menjadi cahaya tatkala ana berada di dalam kegelapan..

Para sahibahku~ Ketahuilah ana amat menyayangi kalian. Teramat sayang kerana Allah. Benarlah, berukhwah kerana Allah itu terlalu indah, saangat indah.

Terima kasih ya Allah~~ T__T


***** 
Rabbi~~

Saat ini, aku duduk termangu. 
Merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu. 
Aku merasa malu ya Allah, malu kerana jiwa ini bergetar, kaki ini goyah tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa 'AKU CINTA KEPADAMU'.

Tapi ya Allah.. 
Baru sedikit ingin Kau uji cinta ini, aku sudah terjelepok, menangis, merintih. 
Ingin mengalah~
Diri ini terasa lemah, sedangkan Engkau sentiasa di sisi..
Bahkan Engkau lebih dekat dari pembuluh darahku~

Ya Muhaimin.. 
Aku sedar, aku pasrah.
Krn setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku. 
Sudah Engkau janjikan hikmah di sebalik kejadian, 
Cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah untuk membasahkan hatiku yang dilanda kemarau~

Dan kadangkala ya Allah~
Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat ini, akan ada pelangi yang menanti.

Ya Allah, Dengarlah rintihanku ini.. 
Selitkan secebis ketabahan Siti Hajar, 
Selitkan sedikit kesabaran Siti Fatimah,
Selitkan jua redha Rabiatul Adawiyyah,
Cekalkan hatiku secekal Sumayyah, 
Sucikan diriku sesuci Maryam, 
Kerana ya Rabbi, aku gentar andai cintaMu hilang~~

Kerana aku,
terlalu mencintaiMu~

Setiap dugaan yang melanda,
Aku yakin bahawa Engkau bersamaku Allah,
Tunjuki aku cahaya itu,
Agar aku bisa menggapainya,
Mendakapnya penuh erat~

Rabbi T__T

Another sad day T__T

Rabbi~
maafkan hambaMu ini andai air matanya masih terlalu mudah untuk mengalir~ 
apatah lagi cuma kerana hal duniawi ini,
yang sememangnya tidak layak untuk ditangisi.

Tapi,
tidak tahukah mereka, bahawa aku juga punya perasaan?
tidak tahukah mereka,
hati ini tercalar dek lidah mereka?

Ampunkan hambaMu ini, ya Allah~
andai hati ini terlalu sukar untuk memaafkan mereka.
kerana cintaku kepadaMu benar-benar tercalar dgn gelaran 'itu'~

p/s; Khazinatul Asrar's, ana perluukan ukht-ukht semua skrg. im so downn right now & ana perlukan seseorang utk mengingatkan ana pd janjiNya~~ T___T


maafkan ana, tapi kenyataannya...
~ana benci anta & ana benci 'antum' semua~ T_________________T

Tuesday, March 22, 2011

Man antum?

dua persoalan yang belum terungkai;

er, siapakah pemilik suara misteri itu? 
alunan suaranya membaca alQuran, subhanallah!
hampir sahaja membuatkan ana menitiskan air mata~
kehalusan suaranya tatkala mengalunkan ayat cintaMu.
Rabbi, terpana ana seketika~
tatkala melewati Bilik AlQuran itu,
ana terlihat kelibat pemilik suara itu~
namun, cuma belakangnya yang terlihat.
subhanallah~ belum pernah ana mendengar alunan Quran sehebat ini =')


dan ana tertanya lagi,
siapakah pemilik suara yg mengalunkan zikir itu?
syukran ya akhi. 
suara enta berjaya menusuk qalbu~
kerana melalui kefahaman maksud zikir itu,
jatuhlah air mata seorang hamba dek mengenangkan dosanya yang menggunung tinggi~
masih tertanya; siapakah pemilik suara misteri itu?
kerana belum pernah ana mendengar alunan zikir sesayu ini =')


-kan best, kalau tiap-tiap hari ada zikir macam tu kat surau, tenang je hati =)

Saturday, March 19, 2011

Buatmu sang lebah idaman mawar~ =)

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri~~ 


- Semoga engkau dapat menjadi seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Pesanku, jaga diri, jaga iman, hiasi peribadimu krn sesungguhnya, agamamu yg menarik perhatianku; cara engkau beramal dgnnya, cara engkau menjaga ikhtilatmu. sedangkan aku? solehahku tidak pasti dan untuk meminatimu sahaja aku tidak layak~ 

Wednesday, March 16, 2011

Kisah Cinta Seorang Mujahidah =)


Salam ukhwah ya sodiki =') haish, ana ni. tiap tiap hari update? hadoi, melekat naa ^^, oh ya oh ya. ana nak bawak antum semua melayari sebuah kisah cinta ana. nak tak? hha kalau tak nak pun, sila baca jugak~ okay? hik3 =)
********

Disini bermulanya kisah hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama kalian =)
perjalanan cinta yang ingin saya kongsikan~

Kisah ni terjadi bila seorang dari sahabat saya membina masjid.. Dalam kata lain menamatkan zaman bujangnya, rasa gembira ini tidak mampu disembunyikan. Alhamdulillah pertemuan mereka melalui orang perantara. Alhamdulillah saya sebagai sahabatnya datang utk memenuhi undangannya sebagaimana sabda Nabi Muhammad ;

Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. jika dia sedang berpuasa (sunat), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. jika dia tidak berpuasa, maka makanlah. (muslim)

Masa memberi salam tahniah.. Dia sempat berbisik
 "Ukht bila lagi? Ini juga satu ibadah, perkara baik sebaiknya kita segerakan"
aku hanya tersenyum. hmmmmmm~


Sekali lagi undangan perkahwinan datang.. Sahabat saya juga^^
tapi kali ini pasangannya orang cina 
(saja ckp org cina sbb muka dlm gmbar ni mcm cina. hehehe)
Alhamdulillah, lelaki ni mualaf. Sudah dua tahun memeluk Agama Islam.
Nak tahu, dia dah pun pandai baca Al-Quran :) Mungkin lebih fasih dari kita yang memang sejak azali Islam hhi~


bisikan yang sama menjadi halwa telingaku. sabar je lah~




Tak lama selepas tu, saya dapat lagi kad undangan perkahwinan seorang lagi sahabat saya, muda setahun dari saya. Jodohnya awal hee ^^,

sekali lagi bisikan itu menjadi makanan telinga saya..
"ukht bila lagi? ini juga satu ibadah. perkara baik sebaiknya kita segerakan. minta tolong la ustaz atau ustazah carikan~"

kali ini, hati betul2 rasa seperti.. entah la, kita sendiri fikir k? hehe :p


lepas tu~ tiba-tiba, ustazah yang memang rapat dengan saya mengejutkan saya dgn sebuah perkhabaran. ada seorang akh yang mahu menjadikan saya ni sebagai sayap kirinya dalam perjuangan menegakkan syiar Islam ^^,
gambar ni la calon yang ustazah katakan. saja bagi besar sikit. biar nampak lagi jelas.. hensem dak? =)

"ana tidak mengenalinya ustazah. tapi ana percaya bahawa ustazah tidak akan menyerahkan ana pada pendamping yang tidak beragama. bukan ana nak memilih, tapi ana ni sangat memerlukan imam yang mampu membimbing ana. insyaAllah kalau dia jodoh ana, ana redha :)"

ustazah hanya tersenyum~ :)

 Berita ni saya khabarkan kepada mak sebab ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. nak hadis tu? kejap na~~

Rasulullah s.a.w bersabda "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" at'tirmizi.

Nak bagi tahu pun mestilah romantik sikit. bagi special sikit. baru baik punya. mak paling suka bunga, saya pun bagi la bunga kat mak saya. bukan nak rasuah tau :p


Malam tu saya buat solat istikharah. banyak kali saya buat istikharah. Walaupun tak pernah nampak muka dia, saya rasa macam ada sesuatu. rasa macam nak terima je. tapi saya tak layan perasaan tu, takut perasaan tu dari syaitan. saya berdoa lagi. doa yang diajar oleh sahabatku ^_^

"ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku,duniaku dan akhiratku. maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan. tetapi ya Allah seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku, duniaku dan akhiratku. maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan ISLAM"







 Alhamdulillah ^^ Akhirnya saya memilih dia untuk menjadi pelengkap sebahagian lagi iman saya. semoga dengan terbinanya hubungan halal ini, menjadi saham buat akhirat saya. Berkasih selepas nikah hik3 =')







untuk hari istimewa ni, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar. saja je, suka-suka tangkap gambar. nanti 5 tahun akan datang, pasti gambar tu jadi kenangan terindah ^^,


masa ini kami sedang menikmati bulan madu ^_^
cantikkan tempat ni? Magic World~
saya suggest kat korang, mai la tempat ni. tempat ni ala-ala istana Cinderella. kalau tak percaya, tengok latar tempat ni. pokok kacang dalam cerita Jack dan kacang ajaib pun ada. pasal tu lah nama tempat ni Magic World~ <3





Kami masih lagi menikmat bulan madu hik3. hari-hari makan dan minum madu kot ^^,
"sayang nak bermadukah?" usik zauji pada saya. lepas tu saya buat-buat merajuk. Ambil contoh Ummul Mukminin Aisyah r.ha yang merajuk kepada Rasulullah SAW agar bertambah disayangi hehe :)










waktu zauji nak dekat dengan saya, saya bergurau
"kalau kanda nak dekat, kanda kena lawan dinda dulu"

haiyyakkk*_*. hhihi~





 lepas tu, saya keluarkan panah..

"kanda jangan takut. dinda tak panah kanda. dinda nak ambil sunnah Rasulullah bermain panah. jom kanda temankan dinda"

wink wink ;)

iklan sebentar, tett =D
seronok tak cerita ana ni?
bosan? -.-
Jom kita zikir dulu hik3.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar~

ha, jom sambung balik =)





Alhamdulillah, kitorang dah balik dari bulan madu. tak sangka pula usia pernikahan kami dah mencecah 7 bulan.

Allahu Allahu Allahu~



-Allahu ni lirik lagu tau. alaa lagu yang versi india tu. mungkin tu pasal tangan saya macam tu ^^




 Eh kenapa muka saya lain macam ni??

Alhamdulillah, saya dah mengandung 2 bulan~
pembawaan bayi kot ^^,



 inilah bayi pertama kami. comeeei kan? ^_^
(ye,sayatahuu)
nak bagi nama apa ye?
tolong cadangkan nama untuk bayi ni boleh? :')



Alhamdulillah.. bertambah lagi ulama dalam keluarga kami. semoga anak-anak ini bakal menjadi sehebat Al-Fateh!

"awat muka cek nampak lebaq. cek dah gemuk naa??"

^^ dah ketandusan idea ni ^^





Dan bertambah lagi keluarga saya. Bayi yang kedua tu sebenarnya perempuan. Same goes to the third child. Ni anak-anak saya, ni ambil perangai umi dan abi dialah ni. Fotogenik (ker fotogenetik? Apa ya istilahnya). Tengok tu! Mak haih! Posing sakan mereka! ( :P )





Meramaikan umat di muka bumi adalah galakan nabi. Hehe. Bayi kami bertambah. Namun saya pelik, bayi saya yg baru mesti sama dengan bayi sebelum-sebelum ni. Baju pun sama! Apa kes?! 

perasan tak? hikhikhik~ ^_^




  
Suatu hari saya menangis. saya beritahu yang saya ni ada penyakit kronik~ saya minta maaf sebab merahsiakan daripada zauji. zauji memujuk saya agar tidak bersedih. Lantas saya berkata sesuatu kepadanya, yang membuat zauji terkejut! T__T

"Abang kahwinlah satu lagi. Sayang sanggup dimadukan. Lagipun sayang nak anak-anak kita dijaga oleh sepasang suami isteri yang bahagia."


 


Saya pun bagi sekeping gambar kepadanya. Salah seorang muslimah di dalam foto itu merupakan bakal zawjah kedua zauji saya.

"Abang, kalau seseorang wanita itu menolak poligami, sesungguhnya wanita itu menggalakkan perbuatan zina. Sayang tak mahu menolak poligami dan menggalak 
zina."





Akhirnya, zauji saya berkahwin dengan zawjah kedua. saya sungguh gembira. Awan-awan berbentuk love itu muncul lagi! jamilah right? ^.^

hehehe~~~ :D




Saya pun pergi meninggalkan dia. pergi buat selamanya. saya sedang menantimu di pintu syurga kanda. (layakkah aku masuk syurga? Rabbi T_T)

Zawjah kedua tu membuat sebuah novel khas memperingati pengorbanan zawjah pertama (saya). Tajuk novel itu Birunya Langit Cinta.






Oleh kerana sambutan yang memberansangkan, zawjah kedua membuat novel sambungan yang bertajuk Merah Jambunya Awan Kasih~
shoo swiit ^_^





Zawjah kedua juga selalu berhias untuk zauji. Pesanan daripada zawjah pertama (saya)
Malah dia mengenakan purdah jika di luar rumah. Sungguh cantik! =')





Dan mereka hidup bahagia selama-lamanya dgn izinNya ^_^



 TAMAAATTTTT =D

OKAY ^^, cerita ni diubah suai sikit taww~ credits kpd pemilik asal cerita ni. hik3. so, apa komen antum semua? bukankah hiburan sebegini lebih baik dari hiburan lagu & semua tu? hmm, hiburan yg membuat kita tersenyum shweet shweet sambil mengingati Allah kan? okay, sila bagi komen kalauu rajin~ ana pergi seketika ye; harus prepare untuk buka sekolah nanti. ahlan wasahlan 2A1 ke class baru yg ana sendiri x tengok lagi bagaimana rupanya. harap harap selesa la, k. assalamualaikum, all =)

Cinta Dalam Diam.

Assalamualaikum semua =) hows your imaan? semoga sihat keseluruhannya ye~
hmm, first sekali. credits to 2A3 for the new post, sangat mantapp. hik3, ada 3 ayat dlm post tu yg menarik perhatian ana. sangaat mendalam sekali maksud ayatnya =) so, ana nak share satuu puisisajakpost dengan antum semua. dan puisisajakpost ni ana tujukan buat diri ana ye~
 
Bila belum siap melangkah lebih jauh dgn seseorang,cukup cintai ia dalam diam.
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.
Kau ingin memuliakan dia,dgn tidak mengajaknya menjalin hubungan yg terlarang.
Kau tidak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..

Menghindarkan dirimu dari hal-hal yg akan merusak iffahmu..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya..

Karena mungkin saja orang yg kau cintai adalah jg orang yg telah Allah swt pilihkan utkmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Siti Fatimah dan Ali? 
Yang kedua-duanya saling memendam apa yg mereka rasakan~ 
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dlm ikatan suci nan indah.
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan.
Kekuatan harapan.. 
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata~
Hingga cintamu yg diam itu dapat berbicara dlm kehidupan nyata..

Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba-NYA yg berharap padaNya?

Dan jika memang ''CINTA DALAM DIAMMU'' itu tak memiliki kesempatan utk berbicara di 
dunia nyata~ Biarkan dia tetap diam..

Jika dia memang bukan milikmu,toh Allah. melalui wkt akan menghapus ''CINTA DALAM
DIAMMU'' itu dgn memberi rasa yg lebih indah dan orang yg tepat..
Biarkan ''CINTA DALAM DIAMMU'' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu 

menjadi rahsia antara kau dgn sang Pemilik hatimu cintamu~

wahai rajulun soleh, aku mencintaimu dalam diam..

Tuesday, March 15, 2011

La tahzan WNA~ =(

Ketika bibirmu tersenyum,
Hatimu pula bagaimana?


Ana tidak tahu mahu menaip apa, sejujurnya, ana dirundung kesedihan. Mungkin ini semua adalah ujian dari Allah. Tapi ana sedar, sesedih mana ana sekali pun, pasti ada sahabat yang lebih sedih dari ana, kan?

Mereka kata.. Ana benar-benar pandai menyembunyikan kesedihan, ketawa tatkala hati terluka, tersenyum tatkala mata dipenuhi air. Entah, ana tidak tahu. 
 
Tunjukkan pada ana satu manusia yang tidak pernah merasa sedih dalam hidupnya. Lihatkan pada ana, satu manusia yang tidak langsung pernah menangis. Hakikatnya, kita sudah menangis sejurus selepas kita keluar dari rahim ibu~

Hati yang tidak dibasahkan dengan air mata bakal menjadi kering kontang dan tidak lagi basah mengingati Allah. Hati yang selalu menerima ujian dari-Nya, bakal menjadi sangat tabah sehingga mampu tersenyum tatkala ujian menimpa pada masa akan datang, maka doakan agar ana menjadi seorang hamba yang sabar,tabah serta menyedari hakikat bahawa ana ini hanyalah seorang hamba, yang dahulunya tercipta dari setitis air yang hina.

Ana pengkagum manusia itu~
Tetap tersenyum biarpun dihina,
Tetap berlembut biarpun dikasari,
Tetap bersabar biar sebenar mana ujian menghampiri..

Ana pengkagum manusia itu~
Tutur katanya berhemah,
Menghilangkan air di mata yang sedang basah,
Melembutkan hati yang sedang gelisah..

Ana pengkagum manusia itu~
Tidak pernah mengeluh malah sentiasa merendah diri,
Katanya "Salahkah andai aku ingin menjadi seorang hamba yang mensyukuri?"
Kaki bengkak tangis mengiasi,
Kepada Allah mengabdi diri.

Ana pengkagum manusia itu~
Berjiwa kebal, berhati kental,
Tetap bersabar biarpun derita..

Ana ingin menjadi sepertinya.. Layakkah ana, menjadi seperti sebentuk figur itu? Rasulullah, aku merinduimu T__T

Kepada para sahabat yang juga sedang bersedih; Mari kita renung kembali ayat ini;

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)

Sesungguhnya Allah itu sangat baik dan tidak pernah menzalimi kita, bahkan kita yang sering menzalimi diri kita sendiri sama ada sedar atau pun tidak~~

Jadi mari kita kembali merenung ke dalam diri, menilai sekeping hati insani yang dikurniakan Ilahi. Jika dipenuhi debu kekotoran, maka air mata pergantungan kepada Allah lah pembersihnya.

Jika insan lain melukakanmu, maka berilah kemaafan, kerana itu adalah sebaik-baik balasan. Maafkanlah, sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya :)

Menangislah, andai itu mampu menenangkanmu, tetapi ketahuilah,menangis kepada Allah adalah sebaik-baik tangisan..

Rabbi, tabahkanlah hati ini. kuatkanlah hati ini untuk terus bermujahadah. sinarilah nur & hidayahMu ke dlm qalbuku sbg mana Engkau menyinari bumi ini dgn mentariMu.Inna, aku tidak mampu berdiri tanpaMu, ya Ilahi~~ T__T

Sunday, March 13, 2011

Back To Public ^^,

Salam rindu semua orang ^^,
hukhukhuk. kaifa halukum your imaan? semoga sihat keseluruhannya ye~


oh ya, ana rindu utk posting posting di sini, jujurrr ;')
sekarang ni, musim cuti. so, cuti jugak lah dari tazkirah harian di sekolah.
jadi. apa yg perlu dibuat? 
alang alang online FB, BELOG, TWITTER, WHY AM(YM) tuu, buka buka lah jugak Encik Google ye. search tazkirah or blog blog islamic sikit utk dibaca~ (:
semoga rohani kita ni tidak kelaparan~


by the way, ana pun takde apa nk share sbbnya skrg, i am so so so down (T__T) yes, senyuman di atas. fake. tapi, takpe Allah ada.. Allah ada..
nak bagi satu fakta ni :) bila kita sebut Allah ada, insyaallah kita akan lebih kuat.
jadi bila sedih ke, rasa give up ke; ingatlah Innallahha ma'akum ^^
Allah ada dengan kita & segala aturan Dia tu semuanya indah.. seindah Islam :')


dan bila sekarang ni membayangkan betapa sedihnya ana, ana jadi lagi sedih bila tgk gambar ni dan membayangkan bhw kesedihan ana ni tak setara & sekelumit kecil pun tak dpt nak dibandingkan dgn kesedihan mujahid ini; 




wahai saudara seIslamku, sabar ye sayang. Rabbuna telah menjanjikan syurga buatMu di akhirat kelak & percayalah, kesedihanmu ini cuma di dunia krn ada pelangi sedang menantimu di syurga sana. Be strong, wahai mujahid Islam! teruskan usahamu dlm menegakkan agamaNya. Allah bersamaMu dan jua doaku, setia mengiringi perjuanganmu di sana T__T

Wednesday, March 9, 2011

need Him =(

Hati ini masih belum dapat mencintaiMu sepenuh hati, jadi mampukah hati ini mencintai seorang jejaka yang belum tentu dapat membimbingku untuk lebih menyintaiMu, Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mampu. Teguhkan imanku, ya Rabbi ;'(

Sunday, March 6, 2011

T__T

Biarkan aku menangis dalam hujan;

Biar tak siapa yg tahu gelodak hati. 

ya Ilahi,
kuatkanlah iman di hatiku.
agar dapat aku lalui semua ujianMu ini dgn penuh tabah.
semoga 'fitrah' ini tidak melalaikan aku.

ya akhi.
maafkan ana jika saban hari, ana masih tidak dapat melenyapkan perasaan 'ini' terhadap akhi.
mungkin kerana perasaan ini fitrahlah,
yg membuatkan ana tidak mampu mengelak daripadanya.
tapi, janji ana.
sedaya mungkin, akan ana diamkan perasaan ini.
walaupun terkadang ana kecewa kerana mengetahui bhw .......
tapi, insyaallah ana akan sentiasa ingatkan diri ana.
bahawa itu lebih baik buat ana.
dan ana yakin dgn janjiNYA bahawa Dia lebih mengetahui segalanya.
semoga dengan mujahadah ana dan anta ini,
akan tertutuplah segala pintu pintu kemaksiatan.
ana doakan supaya iman anta dan ana sihat senantiasa.
dan semoga cinta ini tidak melalaikan ana.


Satu pengakuan, aku mengagumimu.

Thursday, March 3, 2011

Day 1.

ya akhi.
hilanglah dari ingatan ana.
hilanglah.
pergilah, dan tinggalkan hati ana di sini.

SEMOGA CEPAT ANA LUPAKAN ANTA.
DAN SEMOGA KEKECEWAAN INI BERMAKNA.
AMIN.