Thursday, February 24, 2011

K U A T .

Ya Qudus, ingatkanlah diriku bahawa cinta ini hanyalah milikMu semata.
Peliharalah cintaku ini agar tidak berkurang sedikit pun cintaku kepadaMu.
Teguhkanlah hatiku untuk berada di atas jalanMu.
Cintaku ini hanya untukMu.
Amin ya Rabb.




*is under the weatherr* (cocok hpv baruu ni la tu T,T) ~Allah, jadikanlah sakitku ini sebagai pengkafarah dosaku~


oh yee~ asifah for not answering 'mira, bakpe deactive FB?' ukht ukht semua :(
rase mcm bila ukht tanye gituu, nk je ana ceritakan semuanya.
tapi, ana harap ukht faham, tekad ana biarlah semua masalah ana ini hanya ana dan Dia yg tahu.


andd alhamdulillah. setakat tempoh deactivation ni,
er, ada lah jgk perubahan.
meskipun perubahan itu mengecewakan diri ana sendiri,
ana harussss kuaaatt, HARUSS.
dan tuu kan mmg matlamat deactivation ni.
bukankah lebih baik mencegah drpd merawat?
err, aku tidak ingin menjadi punca SEMUA INI.
~ya Allah, jauhkanlah aku dari kegelisahan ini~


andd, i don't know till when my FB's account is going to hv its holiday. maybe awhile. or, maybe lama lagi? ;'<
Rabbi, andai ia melalaikanku, kau ketukkanlah hatiku.
Semoga terdetik untukku berubah dn meninggalkannya.


~rindu chit chat dgn ukht ukht ana. zz mungkinkah antunna akn mencari pengganti ana?~

Tuesday, February 22, 2011

Deactivate~~

Ya Rabbi,
Terasa diri ini masih jauh. 
Masih jauh utk melangkah.
Masih jauh utk melepaskan.
Masih jauh utk menggapai.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Hanya kepadaMu aku berserah.
Tiada Tuhan yg ku sembah melainkan diriMu, Ya Allah.
Dan nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruhMU.

Jadikanlah aku di golongan hambahambaMu yg bertaubat,
yg di hapuskan segala dosanya.
Dan pintaku, gapailah tangan ini, Ya Allah.
Jangan pernah kau lepaskan tanganku ini.
Kerna sesungguhnya aku terlalu dahagakan redhaMu, kasih sayangmu,
dan cintaMu Ya Allah.

*mode; masih terkapai kapai dlm mencari cintaNya; awaayy*

-22 Feb 2011-
sanah helwah ukht husssna, sayang ^^, semoga ukht teruss kuat utk menempuh ranjau kehidupan selepass ni! ingat taww, tangan ana sentiasa terhulur buat ukht dn insyaallah, ana akann sntiasa bersama ukht. if not, Allah kan ada. btw, ana syukurr sbb dlm perjuangan ni, Allah bagi ana ukht dan KITA yg sentiasa menjadi penongkah semangat ana. semoga ukhwah yg terjalin ini mampu mencontohii kemahmudahan ukhwah Nabi Muhammad wa Abu Bakar wa Usman wa Umar :) Deactivate acc baruu ni, banyak mmbuatkan ana kembali bermuhasabah. Dan sgt sgt terharuu apabila ukht ukht KITA ana teramat prihatin ttg ana. Alhamdulillah, Ya Rabbi.

18 Feb 2011; 09:53 PM
Messages Received.
From; Ukht Frh ;]

Tika kau lemah, 
Jadikanlah Allah tempat meluah rasa.
Tika kau goyah,
kau harus kuat kerana kau pembawa agama Allah.
Tika kau rebah,
Kau harus tabah kerana kau mujahidah muda.

Ya Allah,

Jagalah insan ini,
Kuatkanlah kakinya di jalanMu.
Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu.
Buatkan dia tersenyum walau dirinya dihimpit derita.

Ukht. that message came at the right time mase tu dann ana pun zzzz, keterharuann. after a few days, ana pun ada something nk buat kerja guna internet. buka lah blog ukht ukht ana ni, and much much terharuuu lagi bila tgk posts sahibiah ana di blog mereka *menangisss terharuu ;')* ukht, ana rasa nikmaat yg teramat sgt bila ada ukht di sisi ana. its okay if you are not there, but i believe He's there for me. dann syukran ukht semua krn mengingatkan ana pd janjiNya saat ana benar benar kerapuhan dn memerlukan ukht semua. Cukup dgnn kata-kata dorongan dn nasihat ituu sudah mampu membuat ana merasakan bahawa ukht sudah terlaluu dekat di hati. Rabbi, kukuhkanlah kaki kami agar kami dapat berdiri dgn teguh di atas jalanMu dan kuatkanlah tali ukhwah kami. Ana saaayang ukht ukht semua, liLlah ^^,

22 Feb; 1:45am;
Salam sayang buat KITA.
~Deactivating~

Thursday, February 17, 2011

Duhai diri, sabarlah~

Sabarlah, Allah bersama..
Acapkali apabila dirundung masalah,
Ayat itu yang selalu menerjah gegendang telinga~

 
Terkadang ingin aku berlari jauh,
Jauh ke hujung dunia,

Menyepi sendiri,
Namun pantas pula aku tersedar,
Bukankah dahulu aku jua yang menuturkan ayat itu? 


Bersabarlah,
Pasti ada hikmahnya
Tatkala awan mendung berarak,
Dan mentari tak kunjung tiba,
Lantas,
Awan pekat hitam itu memberat,
Mengeluarkan titis-titis hujan yang berderetan,
Kita menangis,
Terkadang tersungkur,
Namun percayalah di hujung sana ada bahagia yang sedang menanti,
Jika kita terus-terusan bersabar. 


Ah,
Berkata memang mudah,
Berbuat bagaimana pula?
Seorang da'ie itu pasti akan diuji atas setiap patah kata yang dilafazkan.


Justeru aku terpana,
Satu persatu dugaan itu seolah-olah merenggut senyumku pergi.
Ku pendam perasaan ini,
Hati yang berdarah ku ubati kembali,
Ah.. susahnya bersabar ini, Rabbi.
Tatkala senyumku tiada lagi seri,
Sewaktu senyumku bukan lagi seikhlas hati,
Aku terduduk dan menangis,
Allah.. Ke mana kau bawa hatiku pergi?

Lantas aku merenung jauh ke sudut hati,
Wahai hati, janganlah begini~
Dugaan itu kan Allah yang beri,
Jika mahu menangis, menangislah pada Ilahi,
Jika mahu bercerita, berceritalah pada Rabbi,
Allah itu.. benar-benar merindui suaramu wahai nafsi,
Merintihlah, merayulah..
Oh hati!
Pulanglah jangan kau tinggalkan ku lagi.

 
Duhai sahabat,
Jangan disangka da'ie itu tiada dugaan,
Jangan disangka semua da'ie berjiwa kental.


Mari bersama menelusuri lembah ini,

Yang dijanji, hati akan sakit,
Jiwa akan perit,
Hanya sabar pengubat jiwa,
Menemani hati yang kian alpa,
Bahawa Allah itu ada, tidak pernah lupa!
Bersabarlah hati, bersabarlah diri,

Walau kesabaran itu hampir tiada..


- Sahabat, doakan ana. Terasa langkah ini semakin rapuh. Rabbi, mungkin ini caraMu untuk mentarbiyyah diriku. Ampuni aku di atas kelalaianku selama ini dan yakinkanlah aku, pasti akan terbit pelangi selepass hujan yg lebat ini ;(


.Maaf, Siaran Akan Tergendala Seketika.

Ya Ilahi, aku pasrahkan segalanya padaMu.  
Aku yakin dgn ketentuanMu. 
Teguhkan imanku & kuatkanlah rinduku pdMu.
Ku bawa diri ini dari dunia yg lalai ini seketika, agar dapat aku bermunajat pdMu
dgn sepenuh hatiku. Kuatkann imanku, Rabbi T__T

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul (^^,)

Salam ukhwah, ya ikhwan wa akhowat sekalian. Syukran krn bertandang ke Teratak Islam Itu Indah ni. Semoga kita semua mendapat ibrah dr blog ni (^^,) Oh yea, hari ni hari apa? *cepat-cepat tengok tajuukk* Hari Maulidur Rasul la :) Yeaa, ahsantum! Rinduunye ana kepada kekasih Allah itu. Terkadang ana terfikir.. err, layakkah ana yg sehina ini untuk menjadi umat baginda? sobss* T,T By the way, ana pun tak tahu nak update apa untuk post ni sbb actually, ana dh updatekan utk class pasal yg maulidur rasul punye puisi. So, feel free to click; 2 Ibnu Zakwan to see the post. Jangan lupa, dimulakan dgn bismillah. Hmm, jadi. untuk post ni, ana nak share beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W untuk renungan kita bersama! Semoga kita mendapat pelajaran dari hadis hadis ni yea ^_^

1) ''Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata; Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah; Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.''

2) "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya. Apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (Setelah Malaikat mendapat jawabnya), Maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

3) “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.”   

4) Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam.


5) “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” 

6) Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.

7) Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".  

Semoga hadis hadis ini dapat menjadi santapan buat rohani kita hari ni ye. Walaupun tujuh je yg dikemukakan, insyaallah mencukupi. Nak lagi, sila tanya Encik Google ye hhe~ Wallahu'alam, assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh ^^

Monday, February 14, 2011

Titipan Buat Wanita Solehah :')

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki" - Saiditina Aisyah RA.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.  

Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. 
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. 

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi di hinanya aku kembali dek terlalu sombong.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

(Artikel IluvIslam)

Tatkala pena mula menari;
Subhanallah! ana rasa kuat! its like i found somethings that was missing from me. Alhamdulillah. Sajak ni buat ana rasa kuat untuk teruss bermujahadah. Yes, sudah tercatat di Luh Mahfuzku siapakah jodohku. Dan tak mungkin ana akan mencemari cinta kpd si dia ini. Cukuplah masa silam itu berhenti sampai di sini. Ya ikhwan, jangan kau cuba merobek cinta ini. Rabbi, kau tetapkanlah aku dijalanMu agar bakal suamiku itu turut berada di jalanMu sekarang. Temukan kami di atas jalanMu ini, ya Allah tatkala Kau benar-benar mengizinkannya. Kau ingatkanlah aku segala-galanya telah tercatat di Luh Mahfuzku. Cintaku ini akan ku pelihara, cuma untuk si dia yg bergelar suami (^^,)

-Dear WNA, tahanlah nafsumu itu. cinta itu fitrah, ia hinggap di hati setiap manusia bergelar hamba krn Sang Pencipta ingin meminta bukti cinta kita kpdNya yg setiap hari dilafazkan melalui ibadah kita. Nafsu ini mainan syaitan semata, masakan mungkin kau mahu rebah dlm permainan ini? So, you have to fight to win the game as Jannah is going to be rewarded. Ya Allah, tetapkanlah aku agar mampu berada di atas jalanMu, selamanya. amin. 

Akhir kalam, ingatlah firmanNya ini. *Innallahha ma'as sobirin* ;')

Sunday, February 13, 2011

Allahu Rabbi, Kuatkan Aku T__T

Ya Rabbi,
Terkedu aku tatkala menyebut namaMu
Kau tahu perasaan di hati ini
Seperti ingin berlari ke sebuah tempat dimana tidak akan ada seorang pun akan menemui aku. 
Aku ingin lenyap dari dia, dari mereka T__T


Ya Allah,
Kau tahu apa yg aku alami sekarang
Kau tahu hati ini sedang memberontak
Langkahku semakin rapuh ya Allah
Sahutanku itu semakin tenggelam.
Aku takut, ya Allah!
Aku takut aku akan rebah dalam perjuangan mengejar cintaMu ini T__T


Kau ampunkanlah hati ini.
Lenyapkanlah perasaan ini ya Allah andai ianya menggangu cintaku pdMu.
Kau genapkanlah seluruh hati ini cuma dengan cintaMu.
Rapuh aku dlm menghadapi persoalan hati ini.
Ya, mungkin kerana perasaan ingin dicintai dn mencintai itu fitrah buat aku sbg seorang hamba.
Namun, aku takut. Takut ia akan mmbuatkan aku lalai.
Lalai dlm mencari keredhaanMu.

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari kemaksiatan T,T
Bantulah mujahadahku.
Dan ampunkanlah andai hati ini tidak sempurna mencintaiMu~
- WNA; 13 Feb 2011, 4:49 pm.

Friday, February 11, 2011

Kerana Aku Wanita.

Salam ukhwah fisabilillah ya ikhwan wa akhowat sekalian. Alhamdulillah hari ni, ramai bloggers yg datang bertandang ke sini. Semoga kita semua mendapat ibrah dr blog ana yg serba kekurangan ni ye, amin :) So, insyaallah hari ni ana nak share satu sajak yg bagi ana, menusuk kalbu dan menyerupai perkara yg berlaku kpd kita, kaum hawa. Dan actually, sajak ni dikopi-pasta kan dari blog Ukht Frh Hnm iaitu kawan seperjuangan ana. Syukran ukht, syukran. Bismillah :)

Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

Kerana aku wanita

Ingin disayangi itu fitrah diriku

Kerana aku wanita

Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana aku wanita

Emosiku selalu mengatasi logik akalku

Kerana aku wanita

Air mata teman setiaku

Kerana aku wanita

Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN,


Kerana aku wanita

Aku damba pertolongan darimu Adam

Peliharalah bicaramu denganku
 Jangan bermain kata
Takut rosak hatiku

Kerana aku wanita

Akhlakmu ukuran dimataku

Peliharalah akhlakmu dan imanmu

Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita

Maka peliharalah susunan kata-katamu

Kerana aku mudah terasa

Namun aku bukan lemah 
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

Kerana aku wanita

Peliharalah dirimu dari mencemuhku

Saat titisan jernih mengalir dari mataku

Itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

Kerana aku wanita

Aku memang sangat peka

Maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.


Wahai Adam,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Coretan penuliss;
Sodakallahul'azim ^^, hee. seperti yg antum semua dpt tgk. stanza manakah yg dihigh-light kan? yess, ahsanta! stanza terakhir :) ana sgt sgt tertarik dengan stanza ini. maksud yang cuba dihuraikan sangat mendalam. tapi, inna. tidak terdetik di hati ana untuk menjatuhkan maruah kaum Adam. cuma, inilah realiti sebenarnya. wahai kaum Adam, lihatlah di dalam dirimu kembali! kenapa kau cuba memetik tatkala kau belum bersedia? sedangkan engkau tahu, kami, kaum hawa mempunyai 9 nafsu dan 1 akal yang terkadang rapuh, terjelopok melawan nafsu itu. dan engkau, dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Lalu, di manakah sikap prihatinmu untuk menjaga maruah kami, duhai Adam? bukankah di akhirat kelak engkau akan dipersoalkan tentang amanah yg diberikan kpdmu? Jujur ana katakan, ana sedih melihat diri antum semua dlm keadaan yg tidak menjaga batas pergaulan. tapi, iman di hati ini terlalu lemah. terlalu lemah sehinggakan ana cuma mampu mengubahnya dengan hati. -Rabbi, ampunkan hambamu ini! T__T

Thursday, February 10, 2011

*first nepheww*

Salam ukhwah lillah kpd readers blog ana sekalian :)
wee, blog ni dah berubah kulit. yeah, ana akui. ana lebih suka template yg dulu.
tp, didn't really know whats the matter w Shabby smpaikan template tu jd rosak.
haha la ba'sa. bersyukurlah dgn apa yg ada. i can still use this blog utk dakwah kan? ^_^


oh yeee, kelmarin. tanggal 10.02.2011 merupakan hari yg berbahagia dn bersejarah buat ana sekeluarga! penantian selama 9 bulan kini berakhir dgn esakan seorang bayi lelaki yg comeeel lagi putih dan suci, tak ternoda ;') Alhamdulillah ya Rab. Kau kabulkan permintaan kami dgn menyelamatkan si ibu dan anak. So, Kak Nor and Abang Adli. mabruk alaik! :) Semoga bayi itu dpt menjadi seorang hamba yg tabah, kuat dan sabar dlm menghadapi dunia yg fana ini, amin.

Monday, February 7, 2011

CM 1.

Allah, Rabbi T,T 
Kau tahu bagaimana hancur hati ini,
Melihat pergaulan mereka itu.
Kau tahu niat di hati ini,
Ingin turut membawa mereka ke arahMu.

Maafkan aku, Ya Rahman.
Andai diri ini masih tidak mampu membimbing mereka.
Hidayah itu dariMu.
Aku cuma membantu dr sudut yang boleh.
- WNA.


Current mood - Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkan hati ini andai ia tidak sempurna untuk mencintaiMu.
Ampunkan mata ini andai ia terlalu pantas, liar bergerak.
Tundukkanlah hati ini andai ia terlalu mendongak.
Hijabkanlah hati ini dari kemaksiatan.
Aku berlindung padaMu, aku berlindung padaMu.
Ya Rabbi, izinkan aku kembali padaMu T__T

Friday, February 4, 2011

Apalah Khabar Mereka~~

Wajah-Jacklyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira


Sayup-sayup suara Jacklyn Victor mendendangkan lagu wajah, sekaligus seolah-olah menjentik neuron2 pada kepala ana untuk menghasilkan satu imej. Palestin. Apalah khabarnya anak2 Palestin yg seharusnya membesar dengan ilmu yang mantap, yang seharusnya mendapat belaian, bukannya lontaran peluru bak air hujan. Yang seharusnya bermain riang di taman, bukannya diasak dengan kekejaman tentera zionis T__T


Kaulah wira..
 
Apalah khabarnya sahabat-sahabat kita di Palestin? Dapatkah mereka merasa apa yg kita nikmati pada saat ini. Dapatkah mereka merasa keenakan makanan yang kita makan pada hari ini. Dapatkah mereka tidur di katil empuk seperti apa yang kita nikmati hari ini. Atau adakah mereka satu tempat tinggal yang aman, yang sekurang-kurangnya mampu melegakan jiwa mereka tatkala melihat adik-beradik duduk dengan aman di bawah satu bumbung. Baiti jannati. Rumahku syurgaku. atau mungkinkah syurga itu telah berubah menjadi neraka atau mungkinkah mereka tidak pernah merasa benarnya perkataan rumahku syurgaku itu.


Palestin kini
Apalah khabarnya sekalian ibu bapa di Palestin. Dapatkah mereka melihat anak-anak mereka membesar dengan baik, atau mungkinkah hati mereka telah dipupuk dengan sifat redha untuk kehilangan permata berharga mereka. Dapatkah mereka menyabarkan anak-anak mereka dalam menempuh kehidupan di sana yang semakin hari semakin mengasak jiwa. Atau mungkinkah mereka terpaksa mendidik anak-anak mereka akan bahayanya tanah tempat lahir mereka itu.


Luahan rasa derita jiwa
Menjadi pelarian dalam negara sendiri. Sesuatu yang mendukacitakan. Bukan shj mendukacitakan, bahkan mampu merobek hati sesiapa sahaja yang mengalaminya. Simpati, kesian, namun apalah yang mampu kita lakukan selain menyatakan rasa simpati itu. Masjid Al-Aqsa dicerobohi, tapi kita hanya mampu memandang dan melahirkan rasa geram. Kita. Anda. Saya. Mereka. sama2lah kita berdoa kerana doa itu adalah senjata utama orang Islam.Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin, selamatkanlah juga masjidil Aqsa, agar umat Islam dapat kembali merasai nikmat mengerjakan ibadah di sana T,T

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A'raf:27)
Wallahua'lam~~~

Wednesday, February 2, 2011

Maafkan aku.

Sahabat.
Coretan ini aku tujukan buat dirimu. Meski aku tidak pasti, apa mungkin engkau membacanya atau tidak. Tahukah dirimu, bahawa aku benar-benar sayang kepadamu. Sayang yang tidak lain hanyalah bertunjangkan cinta dan rindu kepada Rabb. Sayang yang menyeruku untuk merindui peranan dakwah seorang khalifah di muka bumi.

Sahabat.
Kita pernah melalui suka dan duka bersama, melalui rintangan demi rintangan. Tapi entah mengapa, pada ketika 'itu' hatiku merasa sayu. Sayu yang keterlaluan. Ku pujuk hati dengan zikrullah, ku belai jiwa dengan memuji Allah, tapi kenapa sahabat. Kenapa air mata ini seolah-olah tidak berhenti untuk mengalir.

Aku mencintaimu sungguh-sungguh. Cinta yang benar-benar bukan berasaskan duniawi, jelasnya aku ingin ke syurga bersamamu. Berpimpinan tangan dan tersenyum gembira tatkala Allah menunjukkan wajahNya. Seronok bukan sahabat, andai kita mampu bergembira bergelak tawa di satu negeri yang kekal abadi!

Sungguh aku tidak menyangkal, terkadang kaki ini tersalah langkah. Terkadang hati merasa penat dan marah lantaran teguran demi teguran secara berhikmah engkau abaikan, terkadang egomu menggunung tinggi, mengenepikan perasaanku yang terus-terusan ingin mengajakmu menuju redhaNya. Lantas, suaraku terkadang meninggi tanpa ku sedari. Sahabat ketahuilah hakikatnya hatiku terbakar melihat kemaksiatan itu!

Aku cuba bersabar dan bersabar, ku cuba mencicip sedikit sabar dan tauladan yang Rasululullah tunjukkan, ku cuba membelai jiwamu dan cuba mengenepikan segalanya namun sayang aku tewas lagi. Aku sedar, terkadang jiwaku kalut maka aku tidak memahamimu. Aku sungguh-sungguh tidak mampu membiarkan engkau dengan kemaksiatan kerana aku sayang padamu!

Sahabat, aku benar-benar gerun pada amaran Allah akan dosa-dosa yang manusia lakukan. Aku gentar membaca perihal hukuman-hukuman buat mereka yang berdosa. Justeru sahabat, aku ingin menyelamatkanmu. Aku ingin sekali engkau bersamaku dalam mencari cintaNya. Aku akui kata-katamu. Aku bukanlah sesiapa untuk menilaimu. Aku bukan Allah yang tahu segalanya, justeru itulah hatiku terbakar melihat kemaksiatan yang engkau lakukan di hadapan mataku.

Maafkan aku sahabat, atas segala kekurangan diri. Aku juga insan biasa yang masih banyak dosa, bahkan mungkin aku lebih hina darimu disisi Allah. Maafkan aku atas kekuranganku. Maafkan teguranku yang engkau tidak dapat terima. Maafkan aku kerana terlalu menyayangimu.

Dan maafkan aku jika aku masih menangis.

Salam sayang.

Tinggalkan aku!

Aku berlari. Memejam mata. Buka kembali. Cuba mencari kekuatan yang kian malap. Cuba mencari sinar kebahagiaan yang semakin samar. Aku terhenti. Menarik nafas. Hembus kembali. Oh Allah, berikanlah aku kekuatan. Yakinkan aku ini adalah satu ujian dariMu. Ingatkan aku Kau sebaik-baik Perancang. Hati ini bagai sedang dirobek, Ya Rab. Kau berikan aku hari yang indah untuk permulaan, namun pengakhiran yang mencengkam hati. Tatkala perasaan kagum itu mula menguasai, Kau tunjukkan kembali mazmumahnya. Mungkin harus ku lebihkan menghijab hati ini. Ampunkan aku, Ya Allah. Dengarlah rintihanku ini, kerana aku gentar menghadapi semua ini T__T

p/s; ukhti. this had never been your faults. its okay, i'm gonna be fine when i find my strength back. He is my strength and by the way, millions of thanks for this beautiful day. i'll be back when everything seems to be fine. ukhwahfillah abadan abada <3